Tuesday, March 30

lauk kampung

Aku berkira-kira apa yang nak dimasak. Hari2 mengadap dapur, jemu! Nak masak ayam, malas rasanya nak membersihkan ayam. Nak buat ikan sambal, jemu plak rasanya. Bukak main freezer, ada udang, daging, ikan sela kuning, sotong. Hmmm... nak masak apa ek? Terasa nak makan yang simple2 jer... 


Finally, lauk kampung!

Gulai rebung + udang
ikan sela kuning goreng
cencalok
ikan masin
jering muda.


Monday, March 29

homemade burger

Dah lama tak beli burger di luar... selalunya kami masak sendiri. Reason, lebih jimat dan menepati citarasa. Kalau beli burger di kedai, harga burger biasa $2.50 satu, burger special $3.50. Rasa pulak belum tentu sedap. Kalau buat sendiri, beli sebungkus yang ada 10 keping (brand Ramly Burger) harganya baru $5++. Kalau masak sendiri, kita boleh buat ikut tekak sendiri dan yang penting, boleh makan banyak!

Burger nie selalunya dimasak wiken, malam... lewat malam! Kekadang rasa bersalah jugak bila masak burger nie... korang pun tahu macam mana bau burger yang tengah dimasak, kan? Semerbak semacam! Kalau neber sebelah rumah yg tgh tidur terbau, sure tak boleh sambung tidur punya. :-D


Kuali ini dah berjasa pada kami sekeluarga for more than 10 years. Di atasnya kami masak burger, masak ikan bakar, masak SiberBaq, buat kulit kuih ketayap, macam2 lagi lah. 

Ini burger biasa, burger luar biasa... on d way.

Ada bahan2 yang tak complete... nak lari ke kedai, tak sempat sebab kedai dah tutup (so korang boleh agak pukul berapa aku masak burger nie) Terlupa beli cheese, buah tomato & black pepper sos. Kalau semua bahan complete, sure pelanggan 'q' depan rumah! Hehehe...

Qme dengan burger ayam special tanpa sayur!

Try la masak burger sendiri, sure berbaloi-baloi!

Selamat mencuba!

Wednesday, March 17

Keli Sambal

I'm a big fan of ikan sungai. You name it... keli, baung, haruan, talapia, patin, semua aku belasah except belut! Aku tahu ramai yang tak makan ikan sungai for certain reasons. Ada yang tak tahan bau hanyirnya, ada yang geli-geleman dengan kulitnya and so many other reasons la kan. Tapi aku okey jer buat masa nie...hopefully it stays that way.

Tapi aku nak bagitau beberapa tips bila masak apa saja ikan sungai.
1. Untuk elakkan bau hanyir, lepas disiang, rendamkan ikan tu dalam air asam jawa yang pekat. Rendam dalam 1/2 jam. InsyaAllah tak ada bau bila kita makan. (mayb ada tips lain, tapi aku selalu guna tips nie)

2. Untuk keli & sembilang pulak, before buat step kat atas, make sure uol siatkan kulitnya dulu. Ramai yang tanya, "Macam mana nak siat, kulitnya licin". True. Tricknya ialah koyakkan sikit kulit atas kepalanya dan siat guna playar. Ya, playar! Jangan terkejut but it works, beb. Sebab kulitnya kena disiang sebelum direndam ialah supaya bila digoreng, minyak tak memercik macam kita goreng ikan sardin! Plus, rasanya lebih sedap without kulit!

Kalau tak caya, cubalah.


L- Ikan keli yang digoreng terlebih dahulu.
R- Bawang dan cili merah diblend bersama

Bahan2:
1. Ikan keli - 2kg (dalam 8, 9 ekor) *price dalam RM6 1kg
2. Cili merah - $2 ( ikut kepedasan)
3. Bawang besar - 2 bj ( L saiz)
4. Asam keping - 1 keping besar
5. Garam + aji
6. Bawang besar (saiz S) dipotong bulat utk hiasan.


Tips: cili merah & bawang besar diblend bersama.


Cara2:
1. Goreng ikan keli terlebih dahulu (halfcooked)
2. Tumiskan bahan yang diblend tadi + asam keping + garam + aji
3. Setelah garing, masukkan ikan keli yang digoreng tadi & bawang hiasan.


Senang, kan? Cubalah....

Monday, March 15

Ayam Merah Kering

Lauk ini memang rata-rata menjadi kegemaran ramai orang. Lauk ini juga antara kelompok lauk kenduri. Mungkin sebab penyediaannya yang cepat dan senang serta bahan2nya yang mudah diperolehi. Ayam Masak Kering is our top list, satu family suka lauk nie. 

Ayam Merah Kering kali ini agak special sebab dimasak oleh hubby aku (it's a bless!). Frankly speaking, aku tak tengok langsung macam mana dia masak, jenguk ke dapur pun tidak sebab aku terlalu preoccupied dengan job yang agak urgent. (SOHO... ada kerja, ada gaji!). 

Tau2 dah siap! Bukan sekadar siap masak, siap hidang sekali! (all good men are taken! Hahaha!)

Both thumbs up for my hubby sebab lauknya sedap, memenuhi piawaian kami anak-beranak (alah... itu pun sebab ikut sebijik2 dalam buku resipi aku, sebab tula sedap, heheheh...) 



Bahan2:
1. Ayam - 1 ekor ( potong 18)
2. Bawang besar - 1bj (L saiz)
3. Halia - sebesar ibu jari kaki ( kalau uol punya big toe kecil, tak dapek den nak tolong.)
4. Cili blend - 2 sudu besar ( ikut kepedasan masing2)
5. Tomato sos - 1 senduk nasi
6. Gula - 3 sudu besar
7. Garam + aji

Tips: 
Bahan 2 & 3 diblend bersama.

Cara2:
1. Goreng ayam terlebih dahulu ( i prefer halfcooked )
2. Tumis bahan yang diblend sampai garing
3. Masukkan cili blend
4. Tuangkan tomato sos + gula + garam + aji
5. Masukkan ayam yang dah goreng tadi.

Senang, kan? Trylah, sure terangkat punya! 

Next entry, aku akan masukkan Ayam Merah Berkuah. 
.

Friday, March 12

Mee Bandung

I get sudden cravings for mee bandung (memang dalam list feveret pun...). Nak masak mee bandung nie sebenarnya senang jer cuma bahan2nya yang banyak. Agak renyah tapi bila mangkuk licin, terasa berbaloi-baloi! 

Bahan2:
1. Mee kuning - 1 paket ( rebus )
2. Bawang putih - 3, 4 ulas (racik)
3. Daging - $1 ( hiris nipis)
4. Udang - $2
5. Sawi (asingkan batang & daun)
6. Tomato sos - 2 senduk nasi
7. Tomato buah - 1 bj
8. Sos tiram - 1 sudu besar
9. Tepung jagung - 1 sudu besar (cairkan 1/2 cawan) *utk pekatkan kuah
10. Telur - 2 bj (kalau suka banyak, letak extra pun x per)
11. Daun sup & daun bawang.
12. Cili blend (ikut kepedasan masing2)
13. Kobis - 1/4 bj ( cincang hancur)

Cara2 penyediaan kuah:
1. Tumis bawang putih hingga garing
2. Masukkan cili blend + daging + udang, kacau sampai masak
3. Air kosong - (1 jag )
4. Masukkan batang sawi, + kobis + garam + tomato sos + sos tiram, gaul sampai didih
5. Masukkan daun sawi + buah tomato
6. Pecahkan telur ke dalam kuah
7. Last sekali, masukkan tepung jagung SETELAH API KUAH DITUTUP.
8. Kacau kuah untuk sebatikan tepung jagung tadi.

FINALE:
1. Masukkan mee yg direbus ke dalam mangkuk
2. Tuangkan kuah mee bandung
3. Taburkan daun sup & daun bawang

SeLaMat MeNcUba!

Thursday, March 11

Talapia Sambal Cili Api

Semalam pegi rutin 'melawat' pasar malam. Teragak nak makan ikan talapia, so aku pun dengan lajunya terus menuju ke the only gerai yg jual ikan talapia (sebelah gerai jual pisang). Dalam kepala dah plan, "Esok nak masak talapia cili api. Tapi goreng pun sodap!"

Hari ni tertunailah hajat di hati....

Bawang besar & cili api yang diblend bersama.

Bahan2:
1. Ikan talapia - 2kg (6-10 ekor, sekilo RM6) 
2. Cili api - 20bj (blend)
3. Bawang besar - 2 bj (blend)
4. Asam keping - 1 keping besar
5. Garam & aji (ikut citarasa)


Tips: Selepas ikan talapia dibersihkan, rendamkan ke dalam air asam jawa selama 1/2 jam utk hilangkan bau hanyir. Guna segenggam asam jawa. 

Cara2:
1. Goreng ikan talapia, half-cooked. Then
2. Tumis bawang besar bersama cili api sampai half garing, then
3. Masukkan asam keping, garam & aji, gaul sampai sebati
4. Campakkan masukkan ikan talapia yang dah digoreng tadi.


Then, hidangkan...


Hidangan bersama:
sayur bayam rebus
jering muda
buah tembikai potong
air limau nipis homemade

SeLaMaT MenCuBa!


Monday, March 8

sambal sotong

Sambal sotong memang kegemaran kami sekeluarga. Senang citer, apa saja lauk bersotong pasti licin. Sedap atau tak, belakang kira. Yang pasti, tiap kali masak sotong, licin! Maknanya sedap la tu, kan? :-D

Kepada yang nak mencuba resipi ni, silakan... 

Bahan2:
1. Sotong - 1kg
2. Cili merah - 10-15 bj
3. Bawang besar - 1 bj (saiz L)
4. Asam keping - 1 keping (kalau besar)
5. Minyak masak, garam & aji.


Tips: Blend cili merah bersama bawang besar & sedikit garam.


Cara2:
1. Goreng sotong half-cooked, asingkan.
2. Masukkan bahan yang diblend tadi, kalau boleh guna minyak baru.
3. Kemudian masukkan asam keping, garam & aji.


Hiasan:
Potong bulat bawang besar & taburkan atas hidangan.


SeLaMaT MenCuBa!

Saturday, March 6

YantiCuisine's Bday


I started this cuisine blog last year, March 6.

It started out as...

Man-u (sound like menu), then

Meet The Chef, now

YantiCuisine (I love this name)



So happy bday to my cuisine blog.



Friday, March 5

Nasi Goreng Sotong Cili Api

hari2 masak sampai dah tak tau nak masak apa... boring betul dgn resipi2 yg ada. Nak masak western, bukan tak pandai, cuma 'kureng reti' (still tak nak mengaku, hahaha). Bila soalan cepumas ditanya, masing2 pun tak tau nak makan apa, janji kenyang. So apa lagi, inilah resipi yang senang, cepat dan yang penting, kenyang!


Bahan2:
1. Nasi yang dah dimasak (kalau nasi semalam lagi sodap, tapi bukan yg basi lar yer...)
2. Cili api - 10-15bj (ikut kepedasan masing2) 
3. Bawang besar - 2bj (saiz L)
4. Ikan bilis - sejemput
5. Sotong - 10 ekor (letak kunyit, garam)
6. Sayur buncis - 20 batang (dipotong serong tapi jangan nipis sangat)
7. Telur - 1 bj
8. Timun & tomato sebagai hiasan
9. Garam & aji (ikut citarasa masing2)

Tips: bahan 2, 3 & 4 diblend.

Cara2:
1. Gorangkan sotong half-cooked, then
2. Tumis bawang besar yang diblend sampai garing, bukan hangus.
3. Then masukkan cili api, masak sampai garing
4. Masukkan ikan bilis, then garam & aji (masak sampai naik bau & garing)
5. Pecahkan telur ke dalam kuali, gaul sampai rata, then
6. Masukkan sotong yang dah digoreng & sayur buncis, gaul.
7. Masukkan nasi.

Tips: Hiaskan dengan timun & buah tomato yang dihiris halus.

SeLaMaT mEnCubA!

Thursday, March 4

pindang tenggiri

Cuaca yang terik lately ni, memberi effect kepada masakan yang aku nak masak. Takkan panas2 terik asyik nak makan sambal jer, kan. Perit juga tekak jadinya.Kesian anak2. So aku masak lauk nie untuk Qme & Qish, lagipun ini favourite diaorang.

Lauk ni cukup simple... bak kata orang, campak jer bahan, tak sampai 5 minit dah siap. True! Kalau tak caya, tryla. 


Bahan2:
1. Tenggiri - 3,4 keping
2. Bawang besar - 1/4 (dihiris)
3. Kunyit hidup - half ibu jari (ditumbuk lumat)
4. Asam keping -1 (L saiz)
5. Daun kunyit - 1 helai
6. Air masak (untuk kuah)
7. Garam & aji


Cara2:
1. Tadahkan air kira2 suku periuk besar (kalau periuk kecil, half), then tenggek atas api.
2. Masukkan bahan 2-4.
3. Gunting daun kunyit besar2 (untuk dapatkan bau) + garam.
4. Bila kuahnya dah didih, masukkan ikan tenggiri & masukkan sedikit aji


Tips:
Kalau kuahnya tak kuning, taburkan sikit serbuk kunyit.


SeLaMAt MenCuBa!



Monday, March 1

tenggiri berlada

Hari ini masak simple jer. Bukak main freezer, ada udang, sotong, ayam, ikan tenggiri, daging. Hmmm...? Nak masak apa, ya? Akhirnya pilih tenggiri. So this is the menu for today. Bagi aku, ini lauk orang malas sebab nak memasaknya punyalah senang. Tutup sebelah mata pun dah siap. :-D



Bahan2:
1.Ikan tenggiri -5-7 keping
2. Cili merah -20 batang (ikut quantity ikan)
3. Bawang besar- 1bj
4. Asam keping -1 keping (L saiz)
5. Garam + aji.


Tips:
1. blend cili merah bersama bawang besar, letak garam sikit.
2. Boleh tukar cili merah kpd cili kering yang diblend.


Cara2:
1. Goreng ikan half-cook.
2. Then, dengan minyak yg sikit, masukkan cili + bawang yang diblend tadi.
Jgn terlalu garing.
3. Masukkan asam keping.
4, Tambah garam sikit lagi & aji.

Cadangan:
1. Sayur buncis berkuah
2. Ulam raja.

SeLaMaT MenCuBa!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...