Saturday, June 19

Kurma vs Kari

Special request! Anak2 mintak kurma ayam, soulmate mintak kari ayam! As usual keputusan mesti ikut majority. Aku pulak tak kisah mana-mana sebab aku tukang masak! So, anak ada 5, lawan si ayah, of course lah anak2 menang. "Sorrylah, ayah. Next time yeah?" Here's the recipe...



Bahan2:
Ayam 2 ekor (for lunch & dinner sekali)
Bawang besar (XL) 1 biji
Bawang putih 4 ulas
Halia (sebesar ibu jari)
Santan 1 biji
Kentang 2 bj
Rempah Kurma Adabi 3 sudu besar
Penumis : i) kulit kayu manis sekeping 
               ii) bunga lawang 2 biji
              iii) buah pelaga 1 bj (jgn banyak, nanti non stop ke toilet)
              ix) bunga cengkih 10-15bj
Cili hijau 2 biji
Air asam jawa (ikut kemasaman masing2)
Garam & aji

Penyediaan:
1) blend kasar bawang besar, bawang putih & halia
2) jadikan rempah kurma sebagai pes
3) kentang dibelah 4 atau 6




Cara2:
1) Tumis bahan yang diblend tadi hingga garing, kemudian penumis.
2) Masukkan pes serbuk kurma, tunggu hingga naik minyak
3) Masukkan santan (jika pekat, tambah air suam), masak sampai boil
4) Masukkan ayam, garam, air asam & kentang, masak hingga reboil
5) Masukkan aji & cili hijau



Inilah Kurma Ayamku...



Pasangan kurma ialah jelatah. Tapi jelatah ni tak ada nenas sebab kalau campurkan nenas, sure bila habis makan, banyak nenas yang bersusun tepi pinggang menunggu untuk dibuang.


SeLaMaT mEnCuba!


Wednesday, June 16

Bila Anak-anak Ke Dapur...

Time cuti sekolahlah yang paling merisaukan aku. Sebabnya... tak tahu nak masak menu apa. Kalau breakfast senang jer, sama ada toasted bread or plain bread with kaya or peanut butter, nasi lemak (for them only) or roti canai (also for them only. Me? Cracker dip with teh o panas)

Mujur anak-anak faham aku kebuntuan (in the same time, nak curi tulang, malas masak, hehehe). Awin offer nak masak western for the day. Menunya... spagheti! Aku dengan berbesar hati beri lampu hijau. (ini gara-gara my soulmate yg mengajar diaorg masak spagheti last week). 


New chef in the making. Hahaha...

Awin and Afiq volunteer nak masak spagheti for dinner. Kononnya nak surprise their dad yang depa pun reti masak spagheti. (suka hati kome lerrr). Acara memasak bermula selepas asar sebab my soulmate akan reach home dalam pukul 6:30 gitu and we always have our dinner pukul 7 pm. 




Daniel tak join masak sekali sebab this time, terlalu banyak homework yang dia kena pulun. What to do... school holiday is not as fun as before, dear.  (pic taken by Mukhriz)

Spagheti on the boil.

Spagheti yang depa nak masak nie actually ikut recipe my soulmate. Depa follow sebijik-sebijik, except no cheese sebab majoriti tak makan cheese. Aku cuma observe from a distance... main chef mesti ada untuk pantau keadaan.



The ingredients.

Frankly, my soulmate nie sangat patriotik (me toooo...). If possible, semua ingredient mesti guna Msian product dan yang paling penting ada logo Halal Msia, bukan logo Halal from other countries. Brand spagheti yang famous is P***O, tapi kami prefer K****LL. Rasa pun sedap.




Inilah hasilnya! The name?
Spagheti World Cup 2010!



This pic was taken last week... masa my soulmate nak masak spagheti.
Yummy, walla!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...