Wednesday, May 15

steamboat time!


Minggu lepas kami ke sini... tak jauh, dlm area kwsn perumahan juga. Asalnya dulu kedai nasi arab, now dah tukar jadi Aiman Steamboat & Grill. Time kami datang tu, tak ada orang, dalam pukul 8mlm camtu. Price kat sini, so-so. Adult rm22, kid rm11 termasuk minuman (jgn terkejut, ada pakej steambot yg tak termasuk air taw). Ambience kat sini, pun so-so, bolehlar, cozy jugak. Yang penting, tempatnya cerah, tak malap ala-ala nite club. Ahaks!



Firstly, aku suka tempat ni sebab bersih, neat, tak huru-hara. Macam salad area nie, semuanya nampak fresh, sayurnya tak nampak lebam2, mushroom pun nampak segar. 


This area pulak, wet section. Kat sini macam-macam ada but sad to say, time tu tak ada ketam!!!! Sotong, udang, ikan pun segar2. Cuma daging tu i think dia tak ketuk dulu. Kalau diketuk, barulah tak liat sangat. Kerang pulak comel2 sangat, kalau besar sikit, shud be okay. Area ni pun kemas jugak and all the foods sangat tempting. 


It's sauce section! Macam-macam sos ada, just name it! Kat sini pun ada disediakan nasi goreng, ayam berlauk, keropok-keropok, etc. Mata jadi rambang...tak tahu nak ambik sos mana. Last-last ambik sos cili Kimball! Cehh!


Time pilih-memilih. Tapi yg tak syoknya, Mr. Crab aku tak ada! Tak ada rezeki...next time insyaAllah. So aku asyik pulun mushroom dgn udang, plus filet ikan. 


 Nampaknya ada orang marah bila gambarnya disnap! Hehehe.... 


Kuah tomyam kat sini boleh dikategorikan sedap juga. This is just the beginning.
Below is....



...the ending! Alhamdulillah...syukur kerana diberi nikmat makan dan rezeki pada malam itu, Aminn...





Tuesday, May 7

Cendol Bakar

Sabtu...
en. asben ada shooting di Ijok.


Pagi...
en. asben ajar Daniel & Afiq cara guna CCD camera sebelum ke lokasi shooting. Tiga beranak ni memang giler gadjet. Look who's talking!!!! Ahaks!


Tengahari...
Saya dan anak2 tag along... saja nak menyibuk, duduk rumah boring.



Petang...
Sebaik saja shooting selesai, kami memanjangkan langkah ke Kuala Selangor. Cuaca terik buat saya teringat pada cendol bakar yang kononnya femes giler, siap masuk Jalan-jalan Cari Makan TV3. Siap ada drive-thru!!! Kat sini bukan hanya ada cendol saja, banyak lagi makanan lain seperti nasi ayam, satay, chicken chop, mee rebus etc. Pilih saja.


Saya pilih tauhu bakar! Bakar-bakar ni memang feveret saya! Tauhu bakar kat sini memang sedap, harga pun tak mahal, cuma RM3.50 satu set. Mukhriz & Daniel order Nasi Ayam Lemon, pun sedap. Cendol pulak, kami order flavour berbeza...cendol durian, cendol pulut dan cendol biasa. Cendol durian memang sedap... yang bestnya kat sini ialah free refill dan air minuman percuma. Dont expect free Sprite, teh o ais, air buah pulak yer... they only serve air sirap dan yang seangkatan dengannya. 


Customer memang ramai...sama ada yg menunggu di gerai atau yg beratur di lorong drive-thru. Untuk makluman, keistimewaan cendol bakar ni ialah gula melakanya dibakar. Sebab tu dipanggil Cendol Bakar. Itu menurut info yang saya tengok dalam JJCM. Ada juga Cendol Bakar di tempat lain tapi itu kerana penjualnya bernama Bakar! Ahaks! 



Semasa kami nak balik, bahagian drive-thru masih tak putus-putus kereta masuk. Murah betul rezeki si peniaga...alhamdulillah. Tapi memang sedap dan berbaloi. Kepada yang ke kuala sgor, jgn lupa singgah. 











Monday, May 6

love at first sight

Saya bukan penggemar western food. Apa saja western food yg ada, saya sekadar merasa sesudu dua. Walaupun saya bukan penggemar, tapi saya tahu mana brand yang sedap, mana yang tak sedap. En. asben dan anak2 memang hantu western food. So they will try all sorts of brand dan kebanyakannya tak memenuhi citarasa saya.

Tapi berbeza dgn brand yang ini... Apabila saya rasa sesudu, saya terus love at first sight! Cewah!!!! First yang buat saya fall in love nie ialah sebab dia HALAL Malaysia. Second sebab it is Msia made. Third, sebab  the name... Thalia. Ini mengingatkan saya kepada telenovela Mexico pertama di TV3 iaitu Rosalinda, di mana saya antara kumpulan penterjemahnya. Kami berempat ditugaskan utk menterjemah telenovela tersebut dan itu merupakan pengalaman pertama saya sebelum menterjemah telenovela kedua, La Intrusa. Thalia melakonkan watak sebagai Rosalinda, kekasih kepada Fernando Jose. 

Okay, back to this lasagna. Taste sedap, kurang cheese, price reasonable... rm9.90. Then ada dua type, chicken and beef. Both pun sedap, pada pengiraan saya yg tak gemar sangat western food. Saya rekomen uols beli yang ini sebab HALAL. 




Friday, May 3

Restoran Ikan Laga

Lokasi kat TTDI. En. asben ajak makan kat sini. Dia pernah try dan katanya sedap. Dalam kepala nie dah terfikir, "There gone my diet for today!" Dia tahu aku suka lauk2 kampung nie. 



Layout kedai ni unik sikit... temanya is RACING. So the seats, the decoration semuanya bertemakan racing.  Like above picture, seatnya ialah seat kereta lumba dan kaki kerusi ialah rim kereta. Perghhh! Banyak invest restoran nie. En. asben kata tempat ni memang pack giler time lunch. Kalau nak buat makan ramai2, better buat reservation or else, melopong! 


Kat sini, main signature dia ialah tempoyak ikan patin. Aku dah try. Fuhhh!!!! Memang terbaeklar! Sampai meleleh air hidung ni taw. Tapi kat sini bukan ada tempoyak jer, ada patin masak asam pedas, dll. Jom layan gambar2 kat bawah.



Anak2 pilih utk order nasi goreng ikan masin. Yang nie pun sodap jugok! Tambahan pula dia goreng dengan sayur kailan, perghhh!!!  


Air pilihan fresh orange, teh o ais and ribena. 


Ini set yg aku pilih... Tempoyak ikan patin + sambal belacan + ulaman (boleh choose nak petai atau sebagainya)  +  telur masin. Then side order pulak, aku pilih kerabu mangga & togeh masak ikan masin. OMG! Tanpa disedari aku belasah dua pinggan! Itulah masalah aku nie, kalau lauk kampung, jadi tak sedar diri, diet semua ke laut!  Tapi rasanya okay kot sebab mostly berasaskan sayur.

Harga pun berpatutan. Set ikan patin cuma RM11.90, kerabu mangga special rm5.90, togeh ikan masin rm3.90. 

Itulah entry saya kali ini... 







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...