A simple collection of my recipes, places that I went and foods to indulge my taste bud.
Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts
Thursday, December 29
Friday, August 5
menu & tazkirah Ramadhan
Aku cuma nak share dgn korang menu wajib yg kena ada di meja makan aku time Ramadhan tiap tahun. Ini antaranya saja tau, maknanya ada menu wajib yg lain. This here's my story.
Kurma aka rotab.
Telur masin feveret my soulmate. Aku kureng sikit dgn telur masin, aku ngam kamching dengan ikan masin saja.
Homemade bawal sweet sour... feveret anak2.
Karipap... feveret semua.
Mee goreng... kekadang aku buat mihun goreng. (homemade, ok. bukan beli tau!) Sempat bagi Mizz N & family satu tupperware.
p/s: i'm glad when Mizz N called and cakap "Adalea like it so much!". Alhamdulillah.
p/s: i'm glad when Mizz N called and cakap "Adalea like it so much!". Alhamdulillah.
Murtabak... pergh! Memang terliur dibuatnya...
Apam... feveret anak2. Sometimes beli RM6 = 15 biji pun tak cukup!
Mohd Arief Haqimie, anak ibu. Ibu tabik dengan kesungguhanmu untuk berpuasa. Tahun ini merupakan tahun ketiga Qme berpuasa sejak berumur 6 tahun. Ibu masih ingat lagi semasa Qme 6 tahun, Qme posa sekerat hari then bila masuk darjah 1, Qme start puasa penuh, tak tinggal sehari pun termasuklah puasa pada tahun ni. Dah 5 hari kita berpuasa dan Qme belum ponteng sehari pun. Ibu sangat bersyukur sebab semua anak2 ibu kuat azamnya untuk menghabiskan Ramadhan walaupun tiap hari Qme tentu tanya "Ibu, tinggal lagi berapa hari kita nak puasa?"
Here's what in my plate for today... plus teh o panas (sebab hujan lebat).
Tadi, semasa tunggu waktu berbuka, Mukhriz mengadu lapar. Aku suka bila anak2 mengadu lapar sebab itulah time nya untuk aku berikan tazkirah kat mereka. Aku cakap, betapa bersyukurnya kita dapat makan selepas berpuasa sehari. Ada org tak dapat makan walaupun selepas berpuasa sehari. "Kenapa pulak?", tanya Mukhriz. "Sebab orang tu orang susah, orang miskin. Kekadang mereka makan nasi dgn garam saja atau pun dengan kicap. Cuba bayangkan... Qish larat tak hari2 makan nasi dengan kicap jer? Tak ada lauk, tak ada ikan, tak ada sayur...."
Mukhriz menggeleng dan terus diam.
"Ya Allah, Engkau terbitkanlah sedikit rasa kasihan dan insaf di dalam hati anak2ku supaya mereka sentiasa bersyukur dgn apa Engkau kurniakan. Amin...."
Labels:
celebration
Monday, September 27
Resipi kuah kacang
Tak sah tak ada kuah kacang di musim raya, kan? Aku memang 'big fan' kuah kacang. Sejarah kuah kacang aku nie... masa tu aku masih attach dgn TV3 di Sri Pentas. So tiap kali raya, department aku akan buat makan-makan, potluck style. Tiap kali itulah kuah kacang Kak Siti Norbaya jadi sasaran aku dan Kak SN tak kedekut bagi aku resepinya. I think kak SN nie memang ada chemistry berkaitan kacang sebab, biskut mazolanya pun sedap. Sampai ke hari ini, aku guna resepi dia.
1/2kg kacang mentah
Santan 2 biji
Bawang putih 6 ulas
Bawang besar 3 biji (saiz M)
Serai 3 batang (diketuk)
Udang kering 2 paket kecil (yang 50 sen sepeket)
Cili blend 1 sudu besar
Air asam jawa 2 sudu besar
Gula 5 sudu
* blend bersama bawang putih & bawang besar.
* blend asing udang kering
* gorengkan kacang mentah sampai pecah kulit (jangan hangit)
* blend separa kasar & separa halus
Caranya:
1. tumiskan bawang2 yang diblend hingga garing
2. masukkan udang kering, goreng garing
3. masukkan cili blend, masak hingga cili perang gelap (jgn hangus)
4. masukkan santan half dahulu + serai + garam + gula + air asam jawa
5. masak hingga mendidih kemudian....
6. masukkan kacang yang diblend sikit demi sikit (tak nak ia berketul)
7. pastikan kacang tenggelam dalam santan, jika tidak, tambah lagi santan
8. kacau hingga likat
9. tutup api bila kuah kacang meletup2 macam lava gunung berapi. hehehe....
*adjust garam, gula, air asam ikut citarasa masing2.
SELAMAT MENCUBA!
Labels:
celebration
Wednesday, September 22
hidangan pagi raya
Seperti biasa, sehari sebelum raya, aku akan bergotong-royong dengan anak-anak dan suami untuk masak hidangan pagi raya. Aku prefer macam tu, aku tak suka memasak di rumah parents aku atau di rumah PIL aku. Frankly, aku tak comfortable. Nak tahu apa secret recipe nya? Ada di penghujung entry. Tapi memang aku lebih suka macam ni, masak di rumah sendiri. At the same time, aku dapat ajar anak2 cara masak rendang, buat ketupat, masak kuah kacang. Aku tak nak mereka jadi macam aku dulu-dulu... tak pernah tahu cara masak rendang, cuma tahu makan jer!
Selalunya sehari sebelum raya, semua orang dah balik kampung. Jadi kami pun berkampung kat porch. Bentang tikar, keluarkan 'dapur mobile' dan segala macam peralatan dari dalam stor ke depan. Kenapa tak masak kat dapur? Hish! Mana boleh! Semalam kan dah sental lantai dapur, mop lantai, decorate here and there. Sia2 jer... So kami masak di porch. Lepas habis masak, basuh porch pulak. Kan senang! Kenapa tiga beranak jer? Sebab dua yang kecil aku suruh main PS2 kat bilik, Afiq pula aku suruh buat latih-tubi sebab nak UPSR, my soulmate pulak mengadap lappy, ada urgent job kena submit before raya.
Antara bahan2 untuk rendang ayam. Ekceli masak rendang ni senang jer... blend sana, hiris sini, tumis itu, gaul ini, dah siap. Betul! Main campak-campak jer.... tapi ingat, masak rendang ni ada banyak cara. Aku ikut cara yg diperturunkan oleh ibu aku. Caranya cukup simple tapi sodapppp. Sesape nak resipi, emel aku.
Blend bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas. Serai dicencang halus atau diblend kasar pun boleh juga. Jangan lupa santan dan daun kunyit dalam dua, tiga helai, diracik halus macam buat bunga rampai atau kasar. Sedikit kerisik untuk penyedap rasa.
Aku ajar anak2 cara menganyam ketupat. Terkezut dorang tengok aku menganyam. Apa, ingat orang KL tak reti anyam ketupat ke? See the leg lar!
Then, aku ajar Awin dan Daniel isi beras dalam sarung ketupat.
Kuah kacang feveret aku. Resipinya aku ambil dari seorang kawan, Kak Siti Norbaya namanya, an ex-officemate kat Sri Pentas. Pertama, caranya mudah, kedua sebab sedap. Sudah 8 tahun aku masak kuah kacang nie...
Dah siap! Hidangan ini hasil kerjasama kami sekeluarga. Ibu dan anak2 memasak, ayah pula tolong keluarkan tong gas, dapur mobile, periuk, tikar. Then simpankan semuanya balik ke dalam stor. Itulah secret recipe aku sebenarnya.
Labels:
celebration
Saturday, September 18
penutup ramadan 2010
Inilah juadah penutup ramadan tahun ini. Spageti ramadan namanya. As usual spag nie disediakan oleh my soulmate... aku purposely tak nak belajar masak spag nie sebab pada aku , biarlah sorang master western sorang master eastern.
Moga2 Allah pinjamkan aku nyawa untuk Ramadan akan datang... Amin Ya Robbalalamin...
Labels:
celebration
Wednesday, September 8
iftar 2010
short snippets....
First weekend at Awin's place, SBPi Rawang, Sgor.
Antara menu yang dibawa. Ayam masak merah (homemade), mini-muffin from Fizah, kuih lopis and popia goreng from bazaar ramadan. Actually ada lagi, tapi tak insert such as paceri nenas, jelatah, fruits, etc.
Second week @Daniel's place, MRSM Alor Gajah, Melaka.
On Nuzul Quran Day... enjoying our iftar @Sek 7, Shah Alam.
The menus...
Third week at Maklang's, Alor Gajah, Melaka. The menus sambal sotong, keli masak asam, ikan sambal berlada, telur masin, bayam rebus, dadihs' and some kuih.
Fourth week at my place. Semua adik-beradik datang. Anim (black tshirt) tak sabar2 nak pilih lauk and Iqah (grey tshirt), pening nak makan yang mana dulu.
Insert: Bergedil by my sis-in-law, Wahidah.
Labels:
celebration
Tuesday, May 11
Mother's Day
It's another week b4 Mother's Day. We had to have an early celebration since Awin & Danial bercuti.
At Eiman's, TTDI.
8 glassess?! I tot there's only 7 of us?
Nasi paprik black pepper.
Mukhriz and his tomyam campur.
Awin and Danial.
Kat bawah tu tulis "For Purchase of RM100 and above." Bil kami lagi RM5 nak cecah RM100! Ceh! And as usual, bila makanan dah langsai, baru teringat nak ambil gambar!
Happy Mother's Day to all mothers out there!
Labels:
celebration
Saturday, March 6
YantiCuisine's Bday

I started this cuisine blog last year, March 6.
It started out as...
Man-u (sound like menu), then
Meet The Chef, now
YantiCuisine (I love this name)
So happy bday to my cuisine blog.
Labels:
celebration
Wednesday, December 30
Happy Bday, Qme
24 Dec 2009.
Small, simple occasion for the family. Masak apa yang patut ajer to celebrate Qme's bday. He's 6yrs old tapi nak masuk standard 1. December baby....

Main course:
Ayam beryani arab, kari kambing, kurma daging,
ayam goreng, arca timun.
Desert: Kek choc fudge from Secret Recipe.

Nasi beryani Arab.
Labels:
celebration
Subscribe to:
Posts (Atom)

































