Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Tuesday, July 1

Sardine Cheese Roll Sayang World Cup

Aku bersyukur sebab ada asben yg ringan tulang di dapur. Normally, he cooks what i don't cook. He's specialized in western food whereas me, specialized in traditional kampung food. Each time ada World Cup, he will invent something sempena World Cup. For 2014 WC, he buat sardine cheese roll. En. asben tahu aku tak makan cheese, so dia olahkan sikit supaya suit dgn selera aku. 

Ekceli roll ni senang bangat, sesiapa pun boleh buat. Tapi apabila dimasak oleh en.asben, rasa macam roll nie special sangat bcoz ia dimasak dengan kasih sayang! So inilah Sardin Keju Gulung Sayang World Cup!








Monday, June 2

Cheese Bread Qme

Simple yet sedap! Mana2 budak pun boleh buat, senang but must under parent's supervision. I showed the pic in FB to Qme tentang roti cheese nie and he voluntered to do. Here we go...


1. Pecahkan telur (jumlah telur ikut memasing). Then bubuh pepper sikit.


2. Pastikan size roti lebih besar daripada cheese.

3. Celupkan roti cheese tadi ke dalam telur yang dipecahkan tadi.


4. Bakar di atas kuali leper supaya masaknya sekata.


5. Tadaaaa!!!! Roti Cheese Meleleh dah siap.

Senang, kan? Jom ajak anak2 masak. Roti cheese ni boleh dimakan waktu pagi as breakfast atau simple supper at midnite. I'm sure everybody will love it, trylah! :-D






Monday, March 3

food addiction!


I bet everyone know what this is. Yes, kuih semprit! Ini memang feveret aku dari kecik2. Kalau dulu, kuih semprit nie cuma ada musim raya jer. Now dah ada sepanjang zaman, tak perlu tunggu raya. Kuih semprit nie tak semua orang pandai buat, serius! Tapi aku bertuah sebab jumpa yg ngam dgn tekak aku. Semprit nie memang sedappppp! Aku dah rekomen kat ramai kawan dan mereka akui memang sedap. But...

Until one day, something hit me! Why do i keep craving for this semprit? Where is my discipline and will power??? That's right, addicted! That perfect combination of salty, sweet and savoury was created to make sure i keep reaching for more.

So, i should put the blame on semprit or myself for unable to control my addiction? That is really one tough question, rite? But one thing for sure, food addiction is REAL!!!!






Tuesday, May 7

Cendol Bakar

Sabtu...
en. asben ada shooting di Ijok.


Pagi...
en. asben ajar Daniel & Afiq cara guna CCD camera sebelum ke lokasi shooting. Tiga beranak ni memang giler gadjet. Look who's talking!!!! Ahaks!


Tengahari...
Saya dan anak2 tag along... saja nak menyibuk, duduk rumah boring.



Petang...
Sebaik saja shooting selesai, kami memanjangkan langkah ke Kuala Selangor. Cuaca terik buat saya teringat pada cendol bakar yang kononnya femes giler, siap masuk Jalan-jalan Cari Makan TV3. Siap ada drive-thru!!! Kat sini bukan hanya ada cendol saja, banyak lagi makanan lain seperti nasi ayam, satay, chicken chop, mee rebus etc. Pilih saja.


Saya pilih tauhu bakar! Bakar-bakar ni memang feveret saya! Tauhu bakar kat sini memang sedap, harga pun tak mahal, cuma RM3.50 satu set. Mukhriz & Daniel order Nasi Ayam Lemon, pun sedap. Cendol pulak, kami order flavour berbeza...cendol durian, cendol pulut dan cendol biasa. Cendol durian memang sedap... yang bestnya kat sini ialah free refill dan air minuman percuma. Dont expect free Sprite, teh o ais, air buah pulak yer... they only serve air sirap dan yang seangkatan dengannya. 


Customer memang ramai...sama ada yg menunggu di gerai atau yg beratur di lorong drive-thru. Untuk makluman, keistimewaan cendol bakar ni ialah gula melakanya dibakar. Sebab tu dipanggil Cendol Bakar. Itu menurut info yang saya tengok dalam JJCM. Ada juga Cendol Bakar di tempat lain tapi itu kerana penjualnya bernama Bakar! Ahaks! 



Semasa kami nak balik, bahagian drive-thru masih tak putus-putus kereta masuk. Murah betul rezeki si peniaga...alhamdulillah. Tapi memang sedap dan berbaloi. Kepada yang ke kuala sgor, jgn lupa singgah. 











Friday, January 27

Cinnabon Nadia

Terliur sekejap bila Nadia poskan cinnabon ni dalam status FB. Ceh! Jeles pun ada sebab aku malas tak reti buat benda2 nie. Tapi cinnabon ni memang biasa aku tengok kat Auntie Anne (tingat kat my feveret sour cream onion... pergh!). Bestnya kalau Nadia baik hati dapat 'poskan'. Heheheh.... 

Tetiba Nadia col tanya "Yanti, you nak tak?" Soalan apa tu, beb? Takkan aku nak jawab "Tak apalah, Nadia, tima kasih jer (dgn nada sayu)". Kan?!! Umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Laju jer aku mengarahkan Muhkriz "Jenguk2 kereta Aunty Nadia depan gate tu." Hehehe...

Less than 10 minutes, cinnabon yang ditunggu pun tiba... Bukak jer tupperware, bau kulit kayu manis yang semerbak menusuk hidung aku. Tapi apa2 hal, snap gambar dulu then baru ngap!

"To Nadia,
 Frankly, your cinnabon delicious giler, beb! Aku tahulah kau baru beli breadmaker, so kau kenalah merajin-rajinkan diri masak apa yg patut dan mengagih-agihkannya kepada kawan-kawan seperti aku. Haha! Kalau kau tanya aku berapa bintang nak kasik, aku bagi kau 9 out of 10 bintang! Tak boleh lar kasik 10 perfect sebab bagi 2 ketul jer. Kalau bagi 10, 20 ketul, baru boleh up skit. Hehe... Apa-apa pun, keep it up, jangan lupa bagi lagi."






Monday, August 15

Puding Roti

Rezeki kami murah lagi, alhamdulillah. Puding roti ni Kak Liza bagi, homemade katanya. 

"To Kak Liza, 
Puding tu sedap, manisnya ngam. Semanis pembuatnya. Macam tau2 jer kami dgn puding ni best-fren. hehehe... Tima kasih daun keladi, next time hulur-hulur la lagi..."


Sunday, August 14

jelly traffic-lite


Hari ni my soulmate merajinkan dirinya memasak jeli utk anak2. (bukan hari ni jer dia rajin, tapi hari2 dia rajin masuk dapur. Betapa bertuahnya aku, kan?)


"Ayah, bila jeli nie nak keras? 
"Kalau keras sekarang ni pun, bukannya boleh makan."
"Nanti bila berbuka, dah keras tak?"
"Mestilah dah. Sedap tak?"
"Sedapppp".
"Aik, kan posa, mana tahu sedap?"
"Sedap bau...."

p/s: sebaik saja selesai buat jeli, soulmate terus prepare untuk masak spagheti pulak! Tembunlah aku jadinya! Aduh....


Monday, June 15

Raspberry Fruit Punch

Kalau tak tahu nak prepare apa untuk dessert, saya cadangkan yang ni. Simple, tak ambil banyak masa & delicious.

Bahan:
-Tembikai, epal, rambutan.
-Jem rasberi (kalau guna jem strawberi kurang sedap).

1. Bulat2 kan isi buah tembikai (baru nampak menarik).


2. Panaskan jem raspberry sampai cair. Kalau nak kuahnya pekat, guna 1/2 botol. Actually jem raspberry ni depends pada banyak mana buah yang digunakan.


3. Tuangkan jem raspberry yang dah cair tadi ke atas buah-buahan.

Di sini saya guna tembikai dan stok buah epal yang nak dihabiskan. Selain buah epal, bolehlah guna mangga, betik, rambutan. Lebih menarik jika dicampur-adukkan buah-buahan yang berbeza warna. Tentu terliur dibuatnya.

Selamat mencuba!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...