Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Monday, September 23

Karipap Sardin... percubaan pertama

Again, anak2 sibuk nak buat karipap utk juadah berbuka puasa. Mulanya saya tak confident dorang boleh buat, tapi setelah mereka beria-ia siap gugel dalam internet bagai, barulah saya yakin yg dorang betul2 nak buat. Again, saya biarkan...dahulu! Perhatikan dari jauh saja.

Once all prepared, mereka pun mula memasukkan inti ke dalam kulit karipap untuk dikelim. Lama juga saya biarkan... saya tak jenguk dapur pun. Sengaja! Tiba-tiba terdengar commotion kat dapur. Entah apa yang kecoh sangat agaknya. Rupa2nya dorang argue dgn bentuk karipap masing2. Ada yg kelim terbukak semula, ada yg tak reti kelim, ada yang kelim sampai karipap jadi senget, macam2 dorang ni (malangnya saya tak snap gambar bentuk2 karipap tu). Nak tergelak pun ada. Then saya pun menyelit sama, saja nak test skill.

Saya kelim ikut stail saya... saya sendiri pun impress sebab seumur hidup, saya tak pernah kelim karipap. Pernah masuk pertandingan kelim karipap guna plastersin tapi entah apa2 jadinya. 

Boleh dikatakan saya bangga dengan hasil kerja tangan saya sendiri. Bukan semua org boleh buat kerja2 seni nie, especially saya. Tapi ntah macam mana, boleh menjadi pulak. Serius! Bangga betul!

Inilah karipap sardin yg dah siap hasil kelim saya... taklar cantik mana, tapi bolehlah. On that day, kami berjaya buat almost 30++ biji karipap. Not bad, huh? Yang pasti, isinya padat, puas hati makan. Tak seperti yg dijual, harap saja besar tapi dalamnya hampir kosong dan rasa ntah apa2!

Thanks juga kepada anak2 saya. Tanpa niat mereka yang beria-ia tu, saya takkan tahu yg saya ni reti kelim karipap sebenarnya. 

*ralat: saya tak ambil gambar2 karipap hasil buatan anak2 saya. :-(




Sunday, September 22

kuih bakar...1st attempt

Bila anak2 bersemangat nak buat kuih, saya biarkan saja... Janji lepas semua settle, dapur saya dikemas dan jadi seperti sediakala.


 Kali ini, saya tak masuk campur. Saya cuma tahu makan saja. 

 Nampak macam usaha mereka menjadi. Alhamdulillah.

Rentetan daripada kejayaan mereka, beberapa siri kuih bakar berjaya dimasak oleh mereka selepas itu. Ekceli tak susah pun nak buat, pejam mata pun dah boleh buat. Cuma next time jgn lupa beli biji bijan!



Tuesday, May 3

pulut kukus

Dua kali try tanak pulut ikut resipi dalam internet, dua kali tu jugak aku fail! Ceh! Then, aku col mak tanya cara masak pulut yang sedap dan cantik. Mak bagi instruction over the phone. Time mak explain tu aku tak catat satu apa pun, cuma visualized jer. Dan alhamdulillah, berjaya juga. So aku nak share tips dgn korang sume cara nak kukus pulut yg sedap dan cantik. Bagi yg expert masak pulut, just ignore jer cara aku nie yer.


 1. Rendam pulut dalam 1/2 jam ke 2 jam sebelum dikukus. Selepas direndam, gaulkan dgn sedikit garam. Kepada yg nak buat pulut kuning, boleh taburkan serbuk kunyit dan gaulkan.


 2. Ini stail aku, stail tradisional... lapikkan plastik tahan panas di dalam periuk kukus kecuali tengahnya supaya ada ruang untuk wap keluar.


 3. Letakkan pulut yg direndam tadi atas plastik tahan panas dan guntingkan daun pandan.


 4. Kukuskan  selama 15 ke 20 minit sahaja dahulu.


5. Transferkan pulut yang dikukus tadi ke bekas lain. Ia kelihatan seperti nasi mentah, but dont worry. Jangan buang plastik yang di dalam periuk kukus tadi kerana ia akan direcycle.


 6. Renjis2kan dengan air supaya pulut mentah ini nampak kebasah-basahan. JANGAN TUANG air kerana jika air terlebih, pulut ini akan jadi lembik. Kemudian tuang minyak dalam satu sudu dan gaulkan. Ini supaya pulut menjadi berderai dan tidak melekat2. 


 7. Transferkan semula pulut yang digaul minyak tadi ke atas plastik dalam periuk kukus.


8. Kukus semula dalam 15 ke 20 minit. Sekiranya pulut masih mentah, ulang langkah 5-7 tapi kali ini TANPA minyak. Proses ini mungkin agak remeh tapi anda pasti mendapat hasil yang memuaskan hati. Then....


9. Inilah hasilnya! Pulut yang lembut, sedap, berderai dan cantik. 

Special thanks to my beloved mum kerana mengajarkan anakandamu ini cara kukus pulut. 

Selamat mencuba!





Friday, April 22

Pengat Durian 1Msia!

Dah lama teringin nak makan pengat durian. Selalu mak yang masakkan tapi ntah kenapa ntah, tiba2 plak aku terasa nak masak sendiri. Maknanya ini percubaan pertama aku masa bubur pengat durian. Yang bestnya, masak bubur tu aku reti, tapi time nak masak pulut, aku kantoi! 



Bahan:
1. Durian dua biji
2. Gula kabung 1 ketul
3. Gula merah 1 sudu
4. Gula putih 2 sudu
5. Santan ( setengah biji)
6. Daun pandan 2 helai. (ikut masing2 nak letak berapa helai)
7. Garam sikit


Cara:
1. Masukkan santan, ketiga-tiga jenis gula, daun pandan & garam (api perlahan)
2. Bila dah boil, masukkan isi durian. Nak bagi cantik, masukkan sebiji dua bijik durian.
3. Then tunggu sampai betul2 boil.



Al kisah si pulut nie pulak... agak terlembik sikit. Aku tak reti langsung nak tanak atau kukus pulut. Now baru aku tahu, bukan senang nak tanak pulut rupanya. End up, pulut aku jadi lembik. But thank you to Yatt sebab bagi aku guide over the phone. Walaupun lembik tapi pulut tetap habis! Bila dah habis, apa lagi, roti cicah pengatlah!




Selamat Mencuba!











Thursday, February 4

Ketayap Y2010

Ini memang kuih fav aku & Qish. This is my first attempt ever. Tak sangka menjadi...


Bahan: (untuk kulit)
1. Tepung gandum - 1 cawan
2. Telur - 1 bj
3. Daun pandan - 2 helai
4. Susu segar - 1 1/2 cawan
5. Garam - ikut selera
6. Pewarna - terpulang pada individu, slalunya hijau.


Caranya: (kulit)
1. blend daun pandan dgn susu segar
2. campurkan semua bahan tadi, kacau hingga sebati.
3. tapis adunan
4. panaskan pan, ratakan sikit minyak.
5. sendukkan 1 senduk adunan ke dalam pan.
6. layangkan pan agar kulit jadi nipis.


Bahan: ( inti)
1. kepala parut - 1/2 bj
2. gula kabung - 1 ketul
3. daun pandan - 2 helai
4. Gula - 1/2 sudu besar
5. Garam - sikit

Caranya:
1. blend gula kabung + gula biasa sampai hancur.
2. campurkan gula yang hancur tadi + daun pandan + kepala parut.
3. masakkan dalam kuali dalam 10 minit, sampai sebati.
4. pastikan api kecil.


Ketayap normal... hijau.


Ketayap abnormal... pink! (sebab letak kordial sirap)


selamat mencuba!


Cheq-DoQs

Dah lama tak buat cekodok pisang. Selalu sangat breakfast or teatime dengan cekodok tepung. Nak tukar selera pulak.


Bahan:
1. 3bj pisang berangan
2. telur sebiji
3. soda bikarbonat - 1 camca teh (diratakan)
4. tepung gandum - 2 cawan
5. gula - 4 camca besar
6. susu segar - 2 camca besar
7. garam - sikit


Caranya:
1. Mixkan tepung & soda bkrnt sampai sebati.
2. Blend pisang + telur + gula + susu segar + garam sikit
3. Masukkan bahan blend ke dalam adunan tepung tadi.


Goreng dengan minyak yg byk dan api kecil.

Selamat Mencuba!


Monday, January 11

SiberBaq

Nama SiberBaq ini ialah ilham hubby, created on his 42nd bday actually. Relevannya nama SiberBaq ialah resipi ini diambil from siber which is internet dan Baq ialah catchy name for murtabak.



Bahan2:
500g daging kisar
1 bj bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
3 bj ubi kentang - dipotong dadu & rebuskan dulu
1 sudu rempah kari- cairkan
daun sup & daun bawang - diracik
2 bj telur
kulit popia
garam, aji & minyak


Inti murtabak:
1. tumiskan bawang sampai layu saja (bukan garing)
2. masukkan rempah kari, masak sampai pecah minyak
3. then masuk daging kisar sampai masak
4. masukkan kentang dadu (kalau terlalu kering, add air sikit)
5. lastly masuk daun sup & daun bawang, garam & aji

Then...
1. Pukul telur dalam mangkuk
2. masukkan inti ke dalam telur tadi, gaul.
3. then bungkus inti ke dalam kulit popia
4. goreng di atas kuali burger dgn sedikit minyak.




Round mini SiberBaq.



Square mini SiberBaq.

Tips: Supaya kulit popia tak keras.
Caranya senang jer... buka kulit popia yang nak digunakan tu piece by piece, then basahkan kain kecil, perah agak2 lembap, then tutupkan kulit popia yang dibuka piece by piece tadi dgn kain tu.

SeLaMaT mEnCubA!



Monday, August 17

Lempeng vs Masak Asam

Aku masak ikan pari masak asam hari ni. Teringat kat Wan, katanya nak rasa pari masak asam aku. Aku call dia, tengah hari nanti jumpa masa dia nak jemput anak2 balik sekolah. Masa aku hand-over ikan pari aku, dia pulak hand-over lempeng dia. Katanya, cicah dengan kuah masak asam. Hmmm... sodap!


Pengalaman pertama aku makan lempeng!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...