Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

Sunday, September 22

Spagheti Aglio Olio.. homemade


Tetiba rasa semangat nak buat spageti nie. Western food nie, saya 'kureng' sikit. Tapi bila fikirkan suami dan anak2 memang suka WF, tu yang saya jadi semangat. Lagipun setelah saya gugel, cara penyediaannya pun mudah, cuma bahan2nya saja yang leceh sikit nak cari sebab tak semua kedai ada jual bahan2 tu.


Saya gagahkan diri mencari bahan2 nie. Yang paling leceh nak cari ialah yang 'flakes2' seperti oregano flakes, parsley flakes, chilli flakes. Kalau cili flakes tak ada, guna saja serbuk cili biasa. Ada macam2 brand. Mccormick, Mastefood. Tapi saya pilih brand Meriah. Kebetulan pula semua brand name starts with M. 

Udang dan button mushroom ni saya rebus dulu, semasa rebus tu letak sikit garam supaya mushroom tu rasa masin sikit. Udang dah tentu manisnya yang tersendiri, kan? Kemudian toskan. Air rebusannya recycle untuk rebus brokoli pula dan kemudian jangan buang, nak recycle lagi nanti.


Kemudian saya rebus pasta. Saya tak guna spageti, saya guna vermecelli sebab yang ini halus sikit. Saya bubuh minyak supaya pasta ni tak melekat. Bila dah cukup masak, saya toskan.

Sesiapa yg nak try buat, bolehlah guna resipi saya nie. Bahannya adalah seperti gambar di atas dan tambah brokoli. Kat dalam gmbr tu, saya terlupa letak brokoli. Jumlah samada satu sudu besar ke, satu sudu teh ke, itu ikut kesedapan masing2. Saya letak semuanya satu sudu besar dan seketul pati ayam.

Cara2nya mudah saja:

1. Tumis bawang putih sampai garing, bukan sampai hangus yer.
2. Masukkan air rebusan udang dan mushroom tadi.
3. Masukkan kesemua flakes..oregano, parsley, black pepper, pati ayam, garam & aji sikit.
4. Masukkan pasta / spageti, gaulkan.
5. Masukkan udang & mushroom * brokoli yg direbus tadi.
6. Hidangkan.

Inilah Spageti Aglio Olio hasil air tangan saya!

Berselera betul en.somi & anak saya. Aik! Qme belasah semua bahan2 dulu kemudian baru makan pasta?? macam2...



Sunday, June 16

my homemade pizza

This is my first attempt! Pagi tu cari bahan2 di Jaya Grocer....semuanya ada kat situ. All set, let's do it!



 Mula-mula, sapukan sos tomato & sos cili. Ratakan atas roti piza tu. Then...


Taburkan segala bahan... ikut citarasa uol, nak letak bahan apa. Like me, i taburkan sosej, tuna, cube pineapple, cili benggala, parmesan cheese, mozarella cheese, daun oregano, button mushroom dan sedikit bawang besar yg dipotong bulat. Pastu spraykan thousand island, mayonis and sedikit pepper.


Then bakar dalam microwave. But remember, you need to preheat the oven first, at least 10-15 minutes then only you start to bake. Macam my microwave, i dont have to set the baking time sebab it will set by itself after the preheat process.


H a P p Y     p I z Z a!










Monday, May 6

love at first sight

Saya bukan penggemar western food. Apa saja western food yg ada, saya sekadar merasa sesudu dua. Walaupun saya bukan penggemar, tapi saya tahu mana brand yang sedap, mana yang tak sedap. En. asben dan anak2 memang hantu western food. So they will try all sorts of brand dan kebanyakannya tak memenuhi citarasa saya.

Tapi berbeza dgn brand yang ini... Apabila saya rasa sesudu, saya terus love at first sight! Cewah!!!! First yang buat saya fall in love nie ialah sebab dia HALAL Malaysia. Second sebab it is Msia made. Third, sebab  the name... Thalia. Ini mengingatkan saya kepada telenovela Mexico pertama di TV3 iaitu Rosalinda, di mana saya antara kumpulan penterjemahnya. Kami berempat ditugaskan utk menterjemah telenovela tersebut dan itu merupakan pengalaman pertama saya sebelum menterjemah telenovela kedua, La Intrusa. Thalia melakonkan watak sebagai Rosalinda, kekasih kepada Fernando Jose. 

Okay, back to this lasagna. Taste sedap, kurang cheese, price reasonable... rm9.90. Then ada dua type, chicken and beef. Both pun sedap, pada pengiraan saya yg tak gemar sangat western food. Saya rekomen uols beli yang ini sebab HALAL. 




Thursday, August 18

bila ayah masuk dapur...

Ayah (my soulmate) balik dari kedai. Aku tengok ada beberapa bungkusan plastik yang dijinjingnya. Aku biarkan. Tak lama lepas tu kedengaran bunyi bising di dapur. Aku pun jenguk. MasyaAllah! What the heck.....?!


Rupa2nya ayah nak masak spagheti for iftar. Aduh, tunggang-langgang jadinya dapur aku. Selalunya bila ayah masuk dapur, aku takkan kacau. Anak2 sibuk nak tolong itu dan ini. Ayah kata, "Tengok jer, jangan kacau". Ayah didihkan air untuk rebus spagheti. Tugas aku kali ini merakamkan setiap step masakan ayah. 


 Ayah kupas bawang.


 Then ayah racik bawang.


Air dah didih. Ayah masukkan spagheti utk direbus. Nampak tak tin merah sebelah periuk tu? Tin tu tunggu giliran ibu masuk dapur pulak. "Sabar ya, sardin. Kita  bagi ayah masak dulu."


 Bila spagheti dah direbus, ayah tutup api dan...


Ayah tumis bawang. Bawang tak nak garing sangat, then ayah masukkan butter. Pls ignore paper yg ayah letak atas dapur tu. Purposenya 2-in-1. Membaca sambil menghalang percikan minyak (akibat malas nak lap dapur). 



Bila butter dah cair, ayah masukkan sos spagheti. Ayah tak gunakan Prego or yg seangkatan dengannya sebab meragui kehalalannya. Ayah gunakan sos spagheti Kimball, ada tanda Halal Malaysia. Lepas tu...


 Ayah kacau until boil.


Bila dah boil, ayah masukkan pula minced chicken dari produk Ramly. Again, ayah pentingkan kehalalan.


Lepas tu ayah masukkan air rebusan spagheti tadi. Aku tak faham kenapa ayah tuang cawan by cawan. Kalau aku, aku tapis saja spagheti tu, terus dapat air rebusan. Maybe itu stail dia, kot. Biarkanlah... lain orang, lain cara. Janji sodap.....


 Then ayah masukkan pulak sliced-button mushroom. 


Ayah tuangkan pula sos tomato. Ayah kata kena taruh 4 senduk. Cikgu dia cakap macam tu kot. Lantaklah.


Ayah masukkan pula buah tomato cincang. Ayah tahu aku suka tomato, jadi ayah letak banyak2. Dan bila dah cukup boil, ayah matikan api.


Dan inilah hasilnya bila ayah masuk dapur. Anak2 suka tapi ibu merana kerana ibu boleh tembun dibuatnya. Huhuhuhu....



Thursday, July 21

spagheti soup...

To my dearest friend, Nadia...

Thank you for making this delicious spagheti soup for me.  Buat susah-susah jer... Tetapi aku agak terkilan sebab time ko sms tu, aku tengah berhempas-pulas masak for lunch. Kalau ko sms awal2, dah tentunya aku boleh bersantai-santai depan TV sambil menunggu air tangan kau mendarat di meja makanku. Hahahaha!

Walaupun di saat ini aku masih lagi tertanya-tanya sama ada "Dia masak ke atau dia beli kat kedai?", namun aku yakin dengan kebolehanmu. Cewah! Dan aku juga bersyukur di atas rezeki yang Allah berikan kepadaku melaluimu, Nadia. 

Last but not least.... tima kacih daun keladi, next time jgn lupa bagi lagi... you make my day! Muahhh!



Wednesday, June 16

Bila Anak-anak Ke Dapur...

Time cuti sekolahlah yang paling merisaukan aku. Sebabnya... tak tahu nak masak menu apa. Kalau breakfast senang jer, sama ada toasted bread or plain bread with kaya or peanut butter, nasi lemak (for them only) or roti canai (also for them only. Me? Cracker dip with teh o panas)

Mujur anak-anak faham aku kebuntuan (in the same time, nak curi tulang, malas masak, hehehe). Awin offer nak masak western for the day. Menunya... spagheti! Aku dengan berbesar hati beri lampu hijau. (ini gara-gara my soulmate yg mengajar diaorg masak spagheti last week). 


New chef in the making. Hahaha...

Awin and Afiq volunteer nak masak spagheti for dinner. Kononnya nak surprise their dad yang depa pun reti masak spagheti. (suka hati kome lerrr). Acara memasak bermula selepas asar sebab my soulmate akan reach home dalam pukul 6:30 gitu and we always have our dinner pukul 7 pm. 




Daniel tak join masak sekali sebab this time, terlalu banyak homework yang dia kena pulun. What to do... school holiday is not as fun as before, dear.  (pic taken by Mukhriz)

Spagheti on the boil.

Spagheti yang depa nak masak nie actually ikut recipe my soulmate. Depa follow sebijik-sebijik, except no cheese sebab majoriti tak makan cheese. Aku cuma observe from a distance... main chef mesti ada untuk pantau keadaan.



The ingredients.

Frankly, my soulmate nie sangat patriotik (me toooo...). If possible, semua ingredient mesti guna Msian product dan yang paling penting ada logo Halal Msia, bukan logo Halal from other countries. Brand spagheti yang famous is P***O, tapi kami prefer K****LL. Rasa pun sedap.




Inilah hasilnya! The name?
Spagheti World Cup 2010!



This pic was taken last week... masa my soulmate nak masak spagheti.
Yummy, walla!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...