Showing posts with label ikan sungai. Show all posts
Showing posts with label ikan sungai. Show all posts

Wednesday, April 14

Tempoyak Patin

Lately nie teragak benar nak makan tempoyak patin. Cari punya cari, dapat. Tapi kalau dapat ikan patin Raub, mesti sedap! Jom, aku nak share apa yang aku masak ari  ni.



Bahan2:
-Tempoyak 1 bunjut
*yang ini, tempoyak buat sendiri, bukan yang dibeli.

-Cili api 10 biji (ikut kepedasan masing2)
- Kunyit hidup sebesar ibu jari
*cili api & kunyit hidup diblend halus bersama

-daun kunyit 2 helai.

Cara2:
1. Masukkan daun kunyit, tempoyak dan bahan yang diblend tadi dalam periuk.
2. Panaskan dengan api perlahan dan gaul sampai naik bau.
3. Masukkan air suam 1/2 periuk, kacau hingga didih
4. Masukkan ikan patin 
5. Masukkan garam + aji, ikut citarasa.
6. Masak hingga betul2 mendidih.

SeLaMaT mEnCubA!





Wednesday, March 17

Keli Sambal

I'm a big fan of ikan sungai. You name it... keli, baung, haruan, talapia, patin, semua aku belasah except belut! Aku tahu ramai yang tak makan ikan sungai for certain reasons. Ada yang tak tahan bau hanyirnya, ada yang geli-geleman dengan kulitnya and so many other reasons la kan. Tapi aku okey jer buat masa nie...hopefully it stays that way.

Tapi aku nak bagitau beberapa tips bila masak apa saja ikan sungai.
1. Untuk elakkan bau hanyir, lepas disiang, rendamkan ikan tu dalam air asam jawa yang pekat. Rendam dalam 1/2 jam. InsyaAllah tak ada bau bila kita makan. (mayb ada tips lain, tapi aku selalu guna tips nie)

2. Untuk keli & sembilang pulak, before buat step kat atas, make sure uol siatkan kulitnya dulu. Ramai yang tanya, "Macam mana nak siat, kulitnya licin". True. Tricknya ialah koyakkan sikit kulit atas kepalanya dan siat guna playar. Ya, playar! Jangan terkejut but it works, beb. Sebab kulitnya kena disiang sebelum direndam ialah supaya bila digoreng, minyak tak memercik macam kita goreng ikan sardin! Plus, rasanya lebih sedap without kulit!

Kalau tak caya, cubalah.


L- Ikan keli yang digoreng terlebih dahulu.
R- Bawang dan cili merah diblend bersama

Bahan2:
1. Ikan keli - 2kg (dalam 8, 9 ekor) *price dalam RM6 1kg
2. Cili merah - $2 ( ikut kepedasan)
3. Bawang besar - 2 bj ( L saiz)
4. Asam keping - 1 keping besar
5. Garam + aji
6. Bawang besar (saiz S) dipotong bulat utk hiasan.


Tips: cili merah & bawang besar diblend bersama.


Cara2:
1. Goreng ikan keli terlebih dahulu (halfcooked)
2. Tumiskan bahan yang diblend tadi + asam keping + garam + aji
3. Setelah garing, masukkan ikan keli yang digoreng tadi & bawang hiasan.


Senang, kan? Cubalah....

Thursday, March 11

Talapia Sambal Cili Api

Semalam pegi rutin 'melawat' pasar malam. Teragak nak makan ikan talapia, so aku pun dengan lajunya terus menuju ke the only gerai yg jual ikan talapia (sebelah gerai jual pisang). Dalam kepala dah plan, "Esok nak masak talapia cili api. Tapi goreng pun sodap!"

Hari ni tertunailah hajat di hati....

Bawang besar & cili api yang diblend bersama.

Bahan2:
1. Ikan talapia - 2kg (6-10 ekor, sekilo RM6) 
2. Cili api - 20bj (blend)
3. Bawang besar - 2 bj (blend)
4. Asam keping - 1 keping besar
5. Garam & aji (ikut citarasa)


Tips: Selepas ikan talapia dibersihkan, rendamkan ke dalam air asam jawa selama 1/2 jam utk hilangkan bau hanyir. Guna segenggam asam jawa. 

Cara2:
1. Goreng ikan talapia, half-cooked. Then
2. Tumis bawang besar bersama cili api sampai half garing, then
3. Masukkan asam keping, garam & aji, gaul sampai sebati
4. Campakkan masukkan ikan talapia yang dah digoreng tadi.


Then, hidangkan...


Hidangan bersama:
sayur bayam rebus
jering muda
buah tembikai potong
air limau nipis homemade

SeLaMaT MenCuBa!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...