Showing posts with label special cuisine. Show all posts
Showing posts with label special cuisine. Show all posts

Wednesday, November 23

Kuzi Kambing

Alhamdulillah kerana aku dikurniakan kawan2 yg pandai masak lauk pelik2. So sikit2 aku ambil tips from them (hopefully dorang tak kedekut bagi resipi). Menu di bawah ni ialah hasil air tangan Hayati Abd Rahim aka Yatt. Frankly, aku ni bukan peminat kambing, tapi bila Yatt sms aku tanya "Hang makan kambing tak?" Aku terus reply "Mkn!". 



 Aku teruja tgk beras panjang nie...


Sedap... tengoklah tu... anak-beranak ni berebut nak makan kuzi kambing. To all my frens out there, tak rugi kalau korang bagi aku makanan, sure licin punya! Sedap tak sedap, belakang cerita. :-D 


Budak Mrsm ni makan hingga menjilat jari... maklumlah, kat mrsm makan lauk kawah jer...


As for this orange cake, need no more to comment. Yatt saja yg tahu citarasa aku terhadap kek oren, kek marble dan kek2 yg seangkatan dengannya... Thank you, Yatt. 

Btw, aku tak ada resepi kuzi kambing nie. kalau nak, mintak sendiri dgn tokehnya ya. :-)



Monday, February 21

Meehun Sup Big Bowl!

Lately teragak nak makan bihun sup. Anak2 & my soulmate pun suka, jadi apa lagi... buatlah bihun sup. Puas makan... one big bowl! Tapi trick nak buat bihun sup nie ialah jgn buat sekali banyak, buat bowl by bowl, baru rasanya sama. Last nite, i made 4 bowls, maknanya 4 kali masak. Sebenarnya tak susah pun, lebih mudah daripada meehun goreng. 


 Bahan2:
Mihun Jasmine 1 bungkus ( i prefer Jasmine or Jati bcoz cepat lembut)
Filet ayam dipotong dadu (kuantiti ikut masing2) 
Bawang putih 4 ulas - ditumbuk 
Sawi seikat 
Daun sup & daun bawang (racik)
Buah tomato (dibelah 4/6)
Lada sulah
Garam & Ajinomoto
Telur sebiji


Cara:
Tumiskan bawang putih sampai garing
Masukkan filet ayam + air kosong (umpama rebus filet tu) tunggu sampai boil.
Masukkan batang  dan daun sawi
Masukkan 1/2 camca kecil lada sulah + garam + aji
Pecahkan sebiji telur (terpulang pada individu nak hancurkan telur tu atau tidak)
Masukkan buah tomato yang dah dipotong
Taburkan daun sup & daun bawang.


SELAMAT MENCUBA!

Monday, March 29

homemade burger

Dah lama tak beli burger di luar... selalunya kami masak sendiri. Reason, lebih jimat dan menepati citarasa. Kalau beli burger di kedai, harga burger biasa $2.50 satu, burger special $3.50. Rasa pulak belum tentu sedap. Kalau buat sendiri, beli sebungkus yang ada 10 keping (brand Ramly Burger) harganya baru $5++. Kalau masak sendiri, kita boleh buat ikut tekak sendiri dan yang penting, boleh makan banyak!

Burger nie selalunya dimasak wiken, malam... lewat malam! Kekadang rasa bersalah jugak bila masak burger nie... korang pun tahu macam mana bau burger yang tengah dimasak, kan? Semerbak semacam! Kalau neber sebelah rumah yg tgh tidur terbau, sure tak boleh sambung tidur punya. :-D


Kuali ini dah berjasa pada kami sekeluarga for more than 10 years. Di atasnya kami masak burger, masak ikan bakar, masak SiberBaq, buat kulit kuih ketayap, macam2 lagi lah. 

Ini burger biasa, burger luar biasa... on d way.

Ada bahan2 yang tak complete... nak lari ke kedai, tak sempat sebab kedai dah tutup (so korang boleh agak pukul berapa aku masak burger nie) Terlupa beli cheese, buah tomato & black pepper sos. Kalau semua bahan complete, sure pelanggan 'q' depan rumah! Hehehe...

Qme dengan burger ayam special tanpa sayur!

Try la masak burger sendiri, sure berbaloi-baloi!

Selamat mencuba!

Friday, March 12

Mee Bandung

I get sudden cravings for mee bandung (memang dalam list feveret pun...). Nak masak mee bandung nie sebenarnya senang jer cuma bahan2nya yang banyak. Agak renyah tapi bila mangkuk licin, terasa berbaloi-baloi! 

Bahan2:
1. Mee kuning - 1 paket ( rebus )
2. Bawang putih - 3, 4 ulas (racik)
3. Daging - $1 ( hiris nipis)
4. Udang - $2
5. Sawi (asingkan batang & daun)
6. Tomato sos - 2 senduk nasi
7. Tomato buah - 1 bj
8. Sos tiram - 1 sudu besar
9. Tepung jagung - 1 sudu besar (cairkan 1/2 cawan) *utk pekatkan kuah
10. Telur - 2 bj (kalau suka banyak, letak extra pun x per)
11. Daun sup & daun bawang.
12. Cili blend (ikut kepedasan masing2)
13. Kobis - 1/4 bj ( cincang hancur)

Cara2 penyediaan kuah:
1. Tumis bawang putih hingga garing
2. Masukkan cili blend + daging + udang, kacau sampai masak
3. Air kosong - (1 jag )
4. Masukkan batang sawi, + kobis + garam + tomato sos + sos tiram, gaul sampai didih
5. Masukkan daun sawi + buah tomato
6. Pecahkan telur ke dalam kuah
7. Last sekali, masukkan tepung jagung SETELAH API KUAH DITUTUP.
8. Kacau kuah untuk sebatikan tepung jagung tadi.

FINALE:
1. Masukkan mee yg direbus ke dalam mangkuk
2. Tuangkan kuah mee bandung
3. Taburkan daun sup & daun bawang

SeLaMat MeNcUba!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...