Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Monday, July 18

nasi bajet?!

Dah lama jugak aku perhatikan kewujudan nasi bajet ni di tempat aku. Selalunya aku lalu jer tanpa pandang sebelah mata pun. Tapi ntah kenapa, on that day, hati nie terdetik nak singgah beli. So aku pun try.


Identiti lauknya tak perlulah aku dedahkan tapi yang pasti, lauknya pun bajet jugok! Aku pernah try sekali tapi 'kureng'. Kalau nak tau apa itu nasi bajet, tryler....

Monday, April 12

Nasi Ayam IbuKu

Selalunya wiken, aku akan masak something yang extraordinary for the family (apa2 pun bergantung kepada kerajinan aku juga...) Kebetulan Awin balik cuti, so masak la yang sedap2 sikit untuk dia. Resipi nie aku ambil drpd ibunda tercinta dan aku ubah serba-sikit sana sini. First thing yang kena dibuat ialah rebus ayam dulu sebab airnya nak diguna utk sup & nasi.



Aku rebuskan 3 ekor ayam selama 2 jam, masukkan garam 2 sudu besar. Aku tak goreng sebab bila ayam sejuk, ayam tu jadi keras, budak2 susah nak makan. Kalau direbus, daging ayam jadi lembut walaupun bila sejuk. Dan ayam ini, aku siap2 buangkan kulitnya. 


Sos cili nasi ayam.

Bahan2:
Cili merah RM2, blend halus.
Sos cili Thai, 1 senduk nasi.
Garam, aji & gula.

Cara:
1. Masukkan ke semua bahan tadi ke dalam periuk
2. Then, masukkan air suam hingga 3/4 periuk.
3. Masak hingga likat.



Sup.

Bahan2:
Bawang besar 1 bj - dihiris
Bawang putih 4 ulas - dihiris
Halia sebesar ibu jari - dipecahkan
Sup bunjut  2 pek
Daun sup + daun bawang

Cara2:
1. Tumis bawang besar yg dihiris tadi sampai garing
2. Masukkan bawang putih yg dihiris
3. Masukkan air rebusan ayam (ikut kuantiti sendiri)
4. Masukkan halia, sup bunjut
5. Rasa sup sama ada tawar atau masin.
* Ingat, garam sudah dimasukkan semasa merebus ayam.

6. Taburkan hirisan daun sup & daun bawang.



Nasi Ayam

Bahan2:
Beras (ikut sukatan sendiri)
Bawang besar 1 bj - hiris
Bawang putih 5 ulas - hiris
Halia sebesar ibu jari - diketuk

Cara2:
1. Basuh beras hingga bersih dan toskan airnya.
2. Tumiskan bawang merah dan putih hingga betul2 garing
*supaya warna nasi jadi keperangan

3. Masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi
yang berisi beras tanpa air. Gaulkan.
4. Masukkan halia yang diketuk
5. Masukkan air rebusan ayam ikut sukatan.

Kicap air, hirisan salad, tomato & timun sebagai pelengkap.

SeLaMaT mEnCuBa!


Friday, March 5

Nasi Goreng Sotong Cili Api

hari2 masak sampai dah tak tau nak masak apa... boring betul dgn resipi2 yg ada. Nak masak western, bukan tak pandai, cuma 'kureng reti' (still tak nak mengaku, hahaha). Bila soalan cepumas ditanya, masing2 pun tak tau nak makan apa, janji kenyang. So apa lagi, inilah resipi yang senang, cepat dan yang penting, kenyang!


Bahan2:
1. Nasi yang dah dimasak (kalau nasi semalam lagi sodap, tapi bukan yg basi lar yer...)
2. Cili api - 10-15bj (ikut kepedasan masing2) 
3. Bawang besar - 2bj (saiz L)
4. Ikan bilis - sejemput
5. Sotong - 10 ekor (letak kunyit, garam)
6. Sayur buncis - 20 batang (dipotong serong tapi jangan nipis sangat)
7. Telur - 1 bj
8. Timun & tomato sebagai hiasan
9. Garam & aji (ikut citarasa masing2)

Tips: bahan 2, 3 & 4 diblend.

Cara2:
1. Gorangkan sotong half-cooked, then
2. Tumis bawang besar yang diblend sampai garing, bukan hangus.
3. Then masukkan cili api, masak sampai garing
4. Masukkan ikan bilis, then garam & aji (masak sampai naik bau & garing)
5. Pecahkan telur ke dalam kuali, gaul sampai rata, then
6. Masukkan sotong yang dah digoreng & sayur buncis, gaul.
7. Masukkan nasi.

Tips: Hiaskan dengan timun & buah tomato yang dihiris halus.

SeLaMaT mEnCubA!

Saturday, May 16

Nasi Ayam 'Mek Yanti'

Kat area rumah aku ada kedai makan baru, specialize in nasi ayam. Tak payah la sebut nama kedai tu, tak pasal2 kena turun naik court plak nanti. Al kisahnya, anak2 aku suka makan nasi ayam. Jadi kami pun menjamu nasi ayam di kedai tu two days in a row. Komen aku, nasi ayam tu 'kureng'. Anak2 aku pun kata macam tu jugak. Jadi berbekalkan semangat yang ada, aku pun dengan rajinnya masak nasi ayam on wiken. 



Inilah nasi ayam aku. 
p/s: kalau tak silap, in 2007 dalam (entry ni), aku ada berhutang dengan seseorang untuk ajak dia makan nasi ayam, tapi siapa ek?

Sambal nasi ayam ni paling senang nak buat. Selalunya aku buat lebih sebab boleh dicicah dengan cekodok tepung. 



Tak cukup 'korum' la. Salad.... :-C


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...