Showing posts with label goreng-goreng. Show all posts
Showing posts with label goreng-goreng. Show all posts

Tuesday, May 8

Hari Sambal Tumis Ikan Bilis Sedunia

Tajuk mesti kasi propa sikit, baru orang nak baca. Hehehe... It's nothing actually. Citernya begini. Tadi aku order sambal tumis ikan bilis kat neber aku, Hanayati Baharom. Sebelum tu dia ada tag aku utk "LIKE" fanpage Hana Catering. Tapi aku reply "Kena buat food testing dulu, baru boleh 'like'."  So apa lagi, kebetulan memang ramai order sambal tumis dia, so aku pun menyelit lar sekali.



Sambal tumis ni memang perghhhh! Terbaekkk... Disebabkan sambal tumis nie lah, aku berkobar-kobar buat cekodok tepung lepas maghrib. Kalau tak, jangan haraplar. Sambal ni diambil suku daripada total amount. Maknanya ada banyak belennya lagi. Tadi aku dah siap2 beli roti banggali. Standby for supper!



Sambil menggoreng di dapur, aku sempat snap gelagat dua beradik ni menjamu cekodok panasku. Memang sedap makan cekodok panas cicah sambal tumis nie, diserikan lagi dgn teh o panas. Perghhhh! Selalunya kalau tak ada sambal tumis, kami cicah dgn sos cili, anak2 pula cicah dengan gula. Haha!

So yang jadi tajuk Hari Sambal Tumis Ikan Bilis Sedunia nie ialah kebetulan dua orang kawan aku, dengan bangganya  buat statement memasing tadi.

Ayu:  dan sesiapa yang nak order sambal tumis ikan bilis lagi sila bagi nama ye.

Tuty: Langkah kanan @ Aliza's.. Rizal msk smbal tumis.. Mkn dgn lempeng plak tu.. 

Aku?! Cekodok cicah sambal tumis! Haha!

Dalam masa 45 minit, 2 piring penuh cekodok  "selamat" dikendurikan oleh kami 4 beranak, begitu juga dengan sepiring kecil sambal tumis tu. Maybe sepiring lagi tu simpan utk supper. Manalah taw, selalunya malam2 ada saja yang masuk dapur cari makanan. Apa2 pun, thanx to Hanayati for this delicious sambal tumis ikan bilis. Next time kalau nak buat nasi lemak, boleh lar order sambalnya daripada awak ya. 





Monday, January 24

Ngaku Chips

Dapat inspirasi nak masak ngaku ni from Rihana (bukan rihana si penyanyi yer, tapi Cikgu Rihana), after reading her blog. Benda ni ada banyak nama. Orang cina panggil dia ngaku, orang putih panggil arrowhead atau arrowroot, orang melayu panggil sengkuang cina. Saiznya lebih kurang macam bawang besar (tapi jgn tersilap dengan buah berangan, sudah). Aku dah buat eksperimen, sebab tu berani masuk kat blog nie. 

 Dengar citer, harga ngaku ni murah time kalau CNY. Boleh dapat below RM4 - RM5 sekilo. Tapi kalau bukan CNY, harganya mencecah RM6 - RM7 sekilo. Masa aku beli, 1/2kg... dalam RM2.30. Bolehlah, sebagai permulaan. Tak nak beli banyak2, takut tak sedap.



Caranya cukup senang....

1. kupas kulitnya
2. then sagat atau potong nipis2.
3. rendam dalam air garam about 10-15 minutes
4. toskan dan goreng.


The best  part was...

time aku pilih2 ngaku nie, ada sorang kakak approach aku. Dia tanya, "Buah apa ni, dik?" Aku pun dengan panjang lebar bagi explaination (padalah baru nak test... hehehe). Time tu ngaku ni masih banyak lagi. Banyak here means BERLAMBAK!

Then, disebabkan sedap dan sikit, aku pun repeat petang tu ke kedai yang sama untuk beli lagi sekilo. Guess what? Habis!!!  Takkan cepat benor habisnya kot?

Then, aku terus teringat kat kakak yg tadi tu. Dalam hati...

"Takkan dia borong semua kot? Boleh kembung nanti sebab sengkuang cina ni kategori angin!" 

And until now, neither si ngaku nor the kakak... nowhere to be found!

Friday, June 19

Char Kuetiaw

Semalam malas nak memasak. Kebetulan lauk kelmarin ada lagi. Tapi kesian pulak kat budak2, tak sampai hati nak bagi makan lauk kelmarin. Aku minta Mr. Right pergi kedai, beli apa yang patut sebab aku nak masak char kuetiaw! Tepat pukul 6 char kuetiaw pun ready. So it'll be early dinner tonite.

Buat dua style. Basah dan kering. Aku sengaja buat extra. Takut tengah malam nanti ada orang geledah dapur cari makanan.

Cara masak:
1. Gorengkan udang
2.Masukkan bawang putih, goreng sampai garing.
3. Cili blend, goreng sampai masak.
4. Masukkan togeh & daun kucai. ( tak ada dua ni, x sedap!)
5. Bubuh kicap, garam sikit & aji (buat syarat)
6. Masukkan udang yang digoreng tadi.
7. Pecahkan telur (kalau suka ada telur), gaul semua sekali.
8. Masukkan kuetiaw.

Then, hidang dengan hiasan. Selamat mencuba!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...