Tuesday, May 3

pulut kukus

Dua kali try tanak pulut ikut resipi dalam internet, dua kali tu jugak aku fail! Ceh! Then, aku col mak tanya cara masak pulut yang sedap dan cantik. Mak bagi instruction over the phone. Time mak explain tu aku tak catat satu apa pun, cuma visualized jer. Dan alhamdulillah, berjaya juga. So aku nak share tips dgn korang sume cara nak kukus pulut yg sedap dan cantik. Bagi yg expert masak pulut, just ignore jer cara aku nie yer.


 1. Rendam pulut dalam 1/2 jam ke 2 jam sebelum dikukus. Selepas direndam, gaulkan dgn sedikit garam. Kepada yg nak buat pulut kuning, boleh taburkan serbuk kunyit dan gaulkan.


 2. Ini stail aku, stail tradisional... lapikkan plastik tahan panas di dalam periuk kukus kecuali tengahnya supaya ada ruang untuk wap keluar.


 3. Letakkan pulut yg direndam tadi atas plastik tahan panas dan guntingkan daun pandan.


 4. Kukuskan  selama 15 ke 20 minit sahaja dahulu.


5. Transferkan pulut yang dikukus tadi ke bekas lain. Ia kelihatan seperti nasi mentah, but dont worry. Jangan buang plastik yang di dalam periuk kukus tadi kerana ia akan direcycle.


 6. Renjis2kan dengan air supaya pulut mentah ini nampak kebasah-basahan. JANGAN TUANG air kerana jika air terlebih, pulut ini akan jadi lembik. Kemudian tuang minyak dalam satu sudu dan gaulkan. Ini supaya pulut menjadi berderai dan tidak melekat2. 


 7. Transferkan semula pulut yang digaul minyak tadi ke atas plastik dalam periuk kukus.


8. Kukus semula dalam 15 ke 20 minit. Sekiranya pulut masih mentah, ulang langkah 5-7 tapi kali ini TANPA minyak. Proses ini mungkin agak remeh tapi anda pasti mendapat hasil yang memuaskan hati. Then....


9. Inilah hasilnya! Pulut yang lembut, sedap, berderai dan cantik. 

Special thanks to my beloved mum kerana mengajarkan anakandamu ini cara kukus pulut. 

Selamat mencuba!





Friday, April 22

Pengat Durian 1Msia!

Dah lama teringin nak makan pengat durian. Selalu mak yang masakkan tapi ntah kenapa ntah, tiba2 plak aku terasa nak masak sendiri. Maknanya ini percubaan pertama aku masa bubur pengat durian. Yang bestnya, masak bubur tu aku reti, tapi time nak masak pulut, aku kantoi! 



Bahan:
1. Durian dua biji
2. Gula kabung 1 ketul
3. Gula merah 1 sudu
4. Gula putih 2 sudu
5. Santan ( setengah biji)
6. Daun pandan 2 helai. (ikut masing2 nak letak berapa helai)
7. Garam sikit


Cara:
1. Masukkan santan, ketiga-tiga jenis gula, daun pandan & garam (api perlahan)
2. Bila dah boil, masukkan isi durian. Nak bagi cantik, masukkan sebiji dua bijik durian.
3. Then tunggu sampai betul2 boil.



Al kisah si pulut nie pulak... agak terlembik sikit. Aku tak reti langsung nak tanak atau kukus pulut. Now baru aku tahu, bukan senang nak tanak pulut rupanya. End up, pulut aku jadi lembik. But thank you to Yatt sebab bagi aku guide over the phone. Walaupun lembik tapi pulut tetap habis! Bila dah habis, apa lagi, roti cicah pengatlah!




Selamat Mencuba!











Friday, April 1

Daging Hitam

Today's menu. First time try. Resipi adik aku, Jiji yang bagi. Dia bagi aku resipi nie dah lama tapi only  now aku berkesempatan nak buat. Actually senang jer nak buat. Lauk ni popular di kalangan lauk2 kenduri. Daging masak hitam ni sebaris dengan ayam masak merah, daging kurma, acar buah, nasi minyak, etc.


 Bahan2:
daging sekilo
bawang besar 2 biji (saiz M), dikisar
cili blend
kicap manis
kerisik
air asam jawa
gula, garam, aji


 Left: Daging yang dihiris
Right: Daging yang ditumbuk

Cara2:
1) Rebus daging dalam 1-2 jam (sampai empuk)
2) Hiris daging (jangan terlalu nipis)
3) Tumbuk daging yang dihiris
4) Perap daging yang ditumbuk dengan kicap manis dalam 10-15 minit.



 Daging tumbuk yang diperap dengan kicap manis.
Then....


5) Tumis cili blend (ikut kepedasan masing2)
6) Masukkan bawang besar yang dikisar
7) Masukkan garam, gula, aji, air asam (garam jgn byk sebab daging diperap kicap)
8) Masukkan kerisik dan masak sampai garing
9) Masukkan daging perap bersama bawang hiasan.


Inilah hasilnya. Daging Hitam aku.


SeLaMaT MeNcUbA!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...