Saturday, July 16

Precinct The Kopitiam


We coincidentally found this place on our way to Jab. Imigresen Putrajaya bahagian pasport, it's location is at Precinct 2.


 Hmmm... pongek durian tak do ko? Itu peveret den tu!


 what's on the menu?


 Antaranya spagheti....


 kuetiau...


 village fried rice... nasi goreng kampung daaaa...


punyalah depa tak nak orang curi pinggan-mangkuk depa, siap bubuh chop kat piring! Ish, dasat nooo?



waktu panas terik, memang sesuai sangat2....

Bersih dan kemas. 




footnote: to those yg nak buat pasport baru or renew di Putrajaya, tempatnya bukan Precinct 17 di belakang building Jab. Kehakiman, ya. Tapi di Precinct 2, somewhere kat area Alamanda but definitely bukan dekat Alamanda. Saturday & Sunday pun open, 8am-1pm. Boleh dapat there and then!


Friday, July 15

Kafe D Manggis... terbaekkk!


7 July... we came here, only the four of us. Kebetulan 2 budak mrsm nie balik cuti. So we gave them a treat by bringing them to this place. It's a nice and cosy steamboat & BBQ restaurant actually. 


I present to you, our Mister Specky Guys!


Tempat nie belum pun setahun beroperasi. Lokasinya di Kuang, Sg Buloh Sgor. Kawasannya memang bertepatan dengan taglinenya iaitu Damai, Bersih, Menyelerakan. Tempat ni memang awesome, servis pun cepat. Kat sini sume ada from ala-carte, western, bbq, steamboat. Tempat ni sangat senang nak cari. Kalau uol dari Paya Jaras, sampai di trafic-lite Sg. Plong, belok kanan dan terus saja, gerainya sebelah kiri. Sure jumpa punya sebab ada signboard besar kat tepi jalan.


Sauces collection... from black pepper sauce, thai sauce, chili sauce, ketchup, bbq sauce + planta. Perghhh! Terbaekkkk!


Pakej steambot kat sini berpatutan. RM20 for adult & RM10 for kid (4-12yo). There are many kind of seafoods here (sampai tak terpilih & konpius jadinya), vege pun ada banyak pilihan. Basically, sangat2 berbaloi with that price. Serius! Unless korang nak yang merepek2 like ikan yu, siakap, ikan duri lar... ikan2 kat sini ialah ikan2 yang standard utk bbq. 



Decorationnya pun kemas dan eye-catching jugak lar. Simple but nice. Aku suka, tak terlebih sudah! Yang penting, cutlery senang nak cari kat situ.


Dua bro nie tgh pilih pari, bukan pari-pari ya...


Kepada yang nak concentrate makan dan tak nak diganggu oleh anak2 kecil, aku suggestkan korang prepare benda ni untuk dorang awal2. While they are enjoying their favourite delicacy, korang pun bolehla taking your own sweet time to pick your favourite seafood. I'm telling you, this lines of ice-cream helps alot! 


Masa anak kecik2, kita yang tak menang tangan hidang tu, hidang nie, capai tu, capai nie untuk dorang. Now bila dorang dah besar (dan kita terasa diri kita kecik), dorang pulak take-over... bakar tu, bakar nie, rebus tu, rebus nie. Kita just duduk dan dorang serve kan. Macam 'servis bertukar tangan'!


Live band pun ada tapi time kami datang, tak ada plak. Must try one day... Ramadhan perhaps. (hanya sebab nak dengar live band? Tak ada maknanye!)


 Cookies, kerepek & cakes pun ada...berbaloi-baloi!


While waiting for 'ikan jaket', Daniel prepared his special scramble-egg. 


 Kita bakor, kita bakor!


Yang sedang direbus ialah fishball, fishcake, telur burung puyuh, telur ayam. Yang dibakar pulak ialah udang, sotong, daging masak hitam, ayam perap, ayam percik, ayam berempah. Perghh!! If they ask for my feedback, aku nak suruh dorang tambah satu benda jer.... SATAY! Senang aku nak bakor! 


Kenapa aku buat tanda anak panah dekat TV tu? Itu logo gred restoran. Restoran ni dapat gred A which is BERSIH! (Opps! bukan perhimpunan BERSIH yang BaNgaNg, BiuL, BeNgAp tu ya). Tempat ni memang bersih, beb. Aku tak tipu. Dan aku nak tambah sikit, BERSIH dan KEMAS! (agak2, next time kalau aku datang, tokeh dia bagi aku steambot FOC tak, sebab aku puji restoran dia? Hehehe...)


Last but not least. Aku suggestkan korang try tempat ni.
Memang Terbaekkkk!



Monday, June 13

Bawal Sweet Sour


 Biar simple, janji sedap! 
Today's menu is bawal sweet sour.
Here's the recipe.


Lada sulah, garam & tepung jagung disalutkan pada ikan bawal kemudian goreng.


Bahan2:
1. bawang putih - 4 ulas
2. halia - sebesar ibu jari
*blend bahan 1 & 2


3. cili blend - 2 sudu besar (ikut kepedasan masing2)
4. buah tomato 1bj - diracik halus
5. tomato sos - 2 sudu besar
6. sos tiram - 1 sudu besar
7. air kosong, garam, aji.
8. tepung jagung- cairkan 1 sudu kecil dalam cawan
9. bawang besar - potong bulat (hiasan)
10. gula - 1 sudu besar
11. daun sup & daun bawang



Cara2:
1. tumis bahan blend hingga garing.
2. masukkan cili dan tumis hingga masak.
3. masukkan tomato sos, sos tiram, garam, aji & gula
4. tuangkan air kosong (ikut jumlah yang dikehendaki)
6. tepung jagung (selepas api ditutup) dan masukkan bawang dipotong bulat dan buah tomato.
7. taburkan daun sup & daun bawang.


SeLaMaT mEnCuBa!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...