Sunday, August 14

Restoran Seri Melaka

Seperti tahun2 lalu, kami pasti akan allocate one special day untuk beriftar satu family. Biasanya kami akan cari tempat2 yg sesuai dgn bajet kami sekeluarga. Contohnya seperti tempat ini. This year kami beralih lokasi ke Melaka sebab Daniel tak balik sepanjang Ramadhan. Ok jugak, tukar angin.


Tangga batu yang sangat sinonim dgn negeri Melaka.

Jadi kami pilih lokasi ini. Tempatnya simple, yang penting persekitarannya bersih  dan ada basic amenities. Kami ke Restoran Seri Melaka. Bukan Restoran Seri Melayu, ya. Restoran tu kena tunggu bajet double triple extra tahun depan. hehehe...

Senang jer nak cari restoran ni. Terletak di daerah Malim, berdekatan Bachang Business Park. Dari tepi jalan dah boleh nampak. Tempatnya sangat spacious, neat. Senang citer, memenuhi kehendak kami. Ini first time kami beriftar di restoran luar KL.


 Kemas, bersih dan luas.


 Anak2, baik kecik, baik besar, menunggu dengan sabar.


 Disajikan dgn kurma sebagai pembuka selera.


 Satu demi satu hidangan sampai sehinggalah penuh satu meja. Alhamdulillah, masakannya sedap2. Kami order ikan siakap kukus dan siakap tiga rasa, plus sayur campur, sotong goreng tepung dan mcm2 lagi. Dan Alhamdulillah, semuanya licin! One thing yang aku suka bila bawa anak2 pegi makan ialah, tak pernah tak habis. Nak tambah lagi, adalah.


 As usual, air mesti 2 jug... cold watermelon juice and hot tea.


 Bilik solat turut disediakan.


 Walaupun toiletnya kecik, tapi bersih!


Small miniature menyambut kedatangan kami, next to the tangga batu.

Wednesday, August 10

a letter to Mizz Nina


Dear Mizz Nina,
Frankly, masa kau text aku kata nak bagi something for bersahur, I was like "oh, okay", very lame gitu. But once aku bukak tupperware yg siap tulis "From Me, With Luv" (hehehe) I was touched! Speechless, beb! Kau kata untuk bersahur, kan? But I cant wait, sorry beb. Jam-jam tu jugak aku terus belasah. Later joined by my soulmate! (kacau daun betul)

I like the gravy so much especially bila cicah dgn broccoli. Indahnya nikmat dapat makan. My soulmate pulak fall in love dgn lamb kau, siap suruh aku mintak resepi bagai. Ceh! Aku cakap kat dia "Tak ada maknanya!". Kalau kau nak tahu, aku pasti tersenyum sampai ke telinga kalau ada kawan bagi aku western food. Sebabnya? Aku tak suka masak western food (sebenarnya tak pandai masak) tapi suka makan western food, my expertise is masakan kampung, okey? Kau sebut jer lauk kampung apa, sure aku boleh masakkan, tapi janganlah yg pelik2, okey?

Last but not least, tima kasih daun keladi, next time bagi lagi. heheheh





Friday, August 5

menu & tazkirah Ramadhan

 Aku cuma nak share dgn korang menu wajib yg kena ada di meja makan aku time Ramadhan tiap tahun. Ini antaranya saja tau, maknanya  ada menu wajib yg lain. This here's my story.


 Kurma aka rotab.


 Telur masin feveret my soulmate. Aku kureng sikit dgn telur masin, aku ngam  kamching dengan ikan masin saja. 


Homemade bawal sweet sour... feveret anak2.


 Karipap... feveret semua.


 Mee goreng... kekadang aku buat mihun goreng. (homemade, ok. bukan beli tau!) Sempat bagi Mizz N & family satu tupperware.


p/s: i'm glad when Mizz N called and cakap "Adalea like it so much!". Alhamdulillah.


 Murtabak... pergh! Memang terliur dibuatnya...


 Apam... feveret anak2. Sometimes beli RM6 = 15 biji pun tak cukup!


Mohd Arief Haqimie, anak ibu. Ibu tabik dengan kesungguhanmu untuk berpuasa. Tahun ini merupakan tahun ketiga Qme berpuasa sejak berumur 6 tahun. Ibu masih ingat lagi semasa Qme 6 tahun, Qme posa sekerat hari then bila masuk darjah 1, Qme start puasa penuh, tak tinggal sehari pun termasuklah puasa pada tahun ni. Dah 5 hari kita berpuasa dan Qme belum ponteng sehari pun. Ibu sangat bersyukur sebab semua anak2 ibu kuat azamnya untuk menghabiskan Ramadhan walaupun tiap hari Qme tentu tanya "Ibu, tinggal lagi berapa hari kita nak puasa?" 


Here's what in my plate for today... plus teh o panas (sebab hujan lebat).


Tadi, semasa tunggu waktu berbuka, Mukhriz mengadu lapar. Aku suka bila anak2 mengadu lapar sebab itulah time nya untuk aku berikan tazkirah kat mereka. Aku cakap, betapa bersyukurnya kita dapat makan selepas berpuasa sehari. Ada org tak dapat makan walaupun selepas berpuasa sehari. "Kenapa pulak?", tanya Mukhriz. "Sebab orang tu orang susah, orang miskin. Kekadang mereka makan nasi dgn garam saja atau pun dengan kicap. Cuba bayangkan... Qish larat tak hari2 makan nasi dengan kicap jer? Tak ada lauk, tak ada ikan, tak ada sayur...."

Mukhriz menggeleng dan terus diam. 

"Ya Allah, Engkau terbitkanlah sedikit rasa kasihan dan insaf di dalam hati anak2ku supaya mereka sentiasa bersyukur dgn apa Engkau kurniakan. Amin...."





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...