Wednesday, September 21

kenduri kesyukuran

Alhamdulillah, tertunai sudah hasrat kami untuk mengadakan kenduri doa selamat utk Awin. Syukur! Majlis diadakan pada hari Khamis, 15 Sept bersamaan 17 Ramadhan Syawal selepas solat Isyak. Selain jemputan surau,  majlis turut dihadiri oleh jiran tetangga, kenalan rapat serta keluarga terdekat.

Segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang, berbanyak2 terima kasih kepada para tetamu yg sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. 

 Sejam sebelum majlis... semuanya dah prepare, alhamdulillah.


Thank to Lin, the caterer. Ramai tetamu puji masakan Lin sedap. Yang ini daging masak lomak! 


 Paru sambal kering...


 Ayam masak merah...


 Sayur kobis campur...


 Bubur kacang sebagai pencuci mulut. Bubur ni pun sedap, sy sempat rasa semangkuk jer sebab cepat benor licinnya!


 My dearest friend, MizNina (kurung biru), she helps me a lot that nite. From beginning until the end. Thank you so much, dear. How could I live without you? Chewah!


 These two best friends (since primary school), had to say goodbye to each other.... soon. 


Kak Ton wrote something for Awin. What is it? See below.


Kak Ton hadiahkan buku masak kat Awin. Lepas ni, all dishes will be named after Kak Ton eg, Kari Ayam Makcik Ton, Nasi Beriani Makcik Ton, Karipap Makcik Ton. Haha!


 Tuan rumah memberikan sepatah dua kata kepada tetamu yg hadir sebelum bacaan Yaasin dimulakan.


 Makan time!


 Ada yang selesa makan di wakaf, katanya umpama kenduri dalam taman. 

 Terima kasih juga kepada kaum ibu yang sudi memeriahkan lagi majlis.


Ada yang makan di dalam...


 Sesekali berkumpul begini, seronok.


 Bersantai ketika menikmati hidangan...


 Di mana ada ibu, di situlah ada anaknya...


Packing time. Alhamdulillah, rezeki yang ada dapat dikongsi bersama jiran2, keluarga serta kenalan. 



Thursday, August 18

bila ayah masuk dapur...

Ayah (my soulmate) balik dari kedai. Aku tengok ada beberapa bungkusan plastik yang dijinjingnya. Aku biarkan. Tak lama lepas tu kedengaran bunyi bising di dapur. Aku pun jenguk. MasyaAllah! What the heck.....?!


Rupa2nya ayah nak masak spagheti for iftar. Aduh, tunggang-langgang jadinya dapur aku. Selalunya bila ayah masuk dapur, aku takkan kacau. Anak2 sibuk nak tolong itu dan ini. Ayah kata, "Tengok jer, jangan kacau". Ayah didihkan air untuk rebus spagheti. Tugas aku kali ini merakamkan setiap step masakan ayah. 


 Ayah kupas bawang.


 Then ayah racik bawang.


Air dah didih. Ayah masukkan spagheti utk direbus. Nampak tak tin merah sebelah periuk tu? Tin tu tunggu giliran ibu masuk dapur pulak. "Sabar ya, sardin. Kita  bagi ayah masak dulu."


 Bila spagheti dah direbus, ayah tutup api dan...


Ayah tumis bawang. Bawang tak nak garing sangat, then ayah masukkan butter. Pls ignore paper yg ayah letak atas dapur tu. Purposenya 2-in-1. Membaca sambil menghalang percikan minyak (akibat malas nak lap dapur). 



Bila butter dah cair, ayah masukkan sos spagheti. Ayah tak gunakan Prego or yg seangkatan dengannya sebab meragui kehalalannya. Ayah gunakan sos spagheti Kimball, ada tanda Halal Malaysia. Lepas tu...


 Ayah kacau until boil.


Bila dah boil, ayah masukkan pula minced chicken dari produk Ramly. Again, ayah pentingkan kehalalan.


Lepas tu ayah masukkan air rebusan spagheti tadi. Aku tak faham kenapa ayah tuang cawan by cawan. Kalau aku, aku tapis saja spagheti tu, terus dapat air rebusan. Maybe itu stail dia, kot. Biarkanlah... lain orang, lain cara. Janji sodap.....


 Then ayah masukkan pulak sliced-button mushroom. 


Ayah tuangkan pula sos tomato. Ayah kata kena taruh 4 senduk. Cikgu dia cakap macam tu kot. Lantaklah.


Ayah masukkan pula buah tomato cincang. Ayah tahu aku suka tomato, jadi ayah letak banyak2. Dan bila dah cukup boil, ayah matikan api.


Dan inilah hasilnya bila ayah masuk dapur. Anak2 suka tapi ibu merana kerana ibu boleh tembun dibuatnya. Huhuhuhu....



Monday, August 15

Puding Roti

Rezeki kami murah lagi, alhamdulillah. Puding roti ni Kak Liza bagi, homemade katanya. 

"To Kak Liza, 
Puding tu sedap, manisnya ngam. Semanis pembuatnya. Macam tau2 jer kami dgn puding ni best-fren. hehehe... Tima kasih daun keladi, next time hulur-hulur la lagi..."


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...