Wednesday, December 28

Aroma Ikan Bakar

ekceli cerita nie kira2 sebulan lepas, cuma tak sempat nak poskan. Tujuannya bukan nak ke sini. Tujuan sebenar ialah uruskan perpindahan sekolah anak2 di PPD Kuala Sgor. Kebetulan pada hari itu, sepanjang perjalanan, hujan non-stop dari pagi sampai petang. Jadi selepas selesai urusan di PPD, kami pun berhenti solat asar di sebuah masjid di Kuala Sgor. Masa tulah perut mula berkeroncong.


Sebelum ni dah selalu dengar kengkawan citer, tempat ni masakannya sedap. So kami pun try singgah. Time-time ni, masih belum ramai pelanggan yang datang. Kami sampai sini lebih kurang pukul 5.30 petang camtu.


Normal routine kalau makan seafood nie... pilih mana yg nak then berikan menunya. Aku tak suka sangat dengan proses pilih-memilih ni. Yang aku suka.... sampai situ, duduk, makanan dihidang, bila dah kenyang, balik! Haha...


 Angin yang bertiup kencang telah merosakkan rambut anak2 ku yang macho. Hehehe...

 Keadaan yang lengang, tempatnya bersih, spacious and soothing....

Sementara menunggu makanan dihidang, anak2 melayan aku main PSP3000. I repeat... "Anak2 melayan aku main PSP", bukan aku yang melayan anak2! Kelas gitu!!!!


Ada yang sejuk sampai tutup kepala terus dan ada yang menikmati pemandangan sementara tunggu makanan sampai.


Ini antara menu yg dipilih... ada lagi yg on da way, sedang dimasak. Tapi to my disappointment, Aroma Ikan Bakar ni taklah sesedap mana, mungkin sesuai dgn harganya yg murah. Frankly, aku pernah makan seafood tepi laut di tempat yg lebih sedap seperti di Umbai, Melaka, di Pekan, Pahang dan di Tanjung Harapan, Klang. These are in my top list. Pada aku, masakan di sini, biasa2 saja. Tak ada yang luar biasa. Mujur kami order sikit2, taklah rasa rugi sangat. Contohnya ikan bawal sweet sour tu rasanya macam dari resepi segera Maggie. Sos utk cicah udang goreng tepung pun, macam sos biasa jer (sedap lagi sos yg aku buat sendiri).


 Overall, kurang memuaskan hati... but at least, kami dah try makan kat tempat nie. So kalau org tanya "Pernah pergi Aroma Ikan Bakar?" "Dah pergi dah..." dan tak nak promote lebih2 sangat.


 Afiq menikmati kaki ketam...


 Aku yang sentiasa menjadi bahan sakat Danial. :-)


Kalau nak bagi rating, aku cuma boleh bagi 3/10 jer... 


Sayonara, Aroma Ikan Bakar...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...