Saturday, May 22

Restoran BRO

Kali pertama aku makan kat restoran BRO ni (restoran ke...?) ialah first day dia open. (aku tak lupa sebab Alan belanja  kami sekeluarga makan). Time tu rasa wasted sgt2. Walaupun adik sendiri yang belanja, but we should chose a much much better place. But that was then. After a very long pause, dengan penuh harapan, diiringi hujan lebat yang membasashi bumi ditambah pula dengan perut yang non-stop berkeroncong,.....

Masakannya still the same, boleh lar... kenapa aku kata 'boleh lar"? Sebab....


Except for drinks, rasanya biasa jer.
Mujur tak ada yg 'luar biasa'.


Ini kuetiau yang dah berhari2 aku kepingin nak makan. Rasanya okey cuma boleh bau dan rasa cili yg tak dimasak sepenuhnya. Agak dissapointed jugak. Tapi sebabkan tak nak membazir, aku belasah juga sampai licin. 


Nasi goreng sotong for Qme. As usual, Qme tak pernah habiskan menunya. Agak2 kalau aku order nasi goreng sotong separuh, diaorg kasi tak? :-D


Nasi....? Nasi apa ni hah? Aku tak gemar nasi yg bungkus2 nie. Kalau tak silap, dalamnya ialah nasi goreng cina then dibungkus dengan telur dadar. Feveret Afiq.

Sup campur untuk Mukhriz. Mamat sorang ni hantu sup!
Boleh lar... sedap lar...

Nasi goreng USA for daddy. Kalau kat sini ada nasi goreng USA, agak2 kat USA ada tak nasi goreng Mesia? Hopefully ada, ek?

Ini aksi2 bila perut dah kenyang. Eh! Budak mana pulak kat belakang tu... bodyless girl! 

Overall makan kat BRO nie (they shud change the name... silap ari bulan jadi BERUK), utk org yg tersangat2 lapar, lepaslah menu nie. Untuk orang yang particular pasal menu, tempat ni belum melepasi piawaian. 

Tuesday, May 11

Mother's Day

It's another week b4 Mother's Day. We had to have an early celebration since Awin & Danial bercuti. 

At Eiman's, TTDI.

8 glassess?! I tot there's only 7 of us?

Nasi paprik black pepper.

Mukhriz and his tomyam campur.

Awin and Danial.

Kat bawah tu tulis "For Purchase of RM100 and above." Bil kami lagi RM5 nak cecah RM100! Ceh! And as usual, bila makanan dah langsai, baru teringat nak ambil gambar!

Happy Mother's Day to all mothers out there!

Friday, April 16

Sup Daging 1Malaysia

Saja aku letak nama Sup Daging 1Malaysia,
kasi gempak sikit!
heheheh... 


Bahan2:
Daging 1kg - direbus selama 2 jam supaya empuk.
Sup bunjut tulang - 1 pek
Bawang putih - 4 ulas (diracik)
Halia sebesar ibu jari (dipecahkan)
Sos tiram -1/2 senduk nasi
Daun sup + daun bawang
Buah tomato

Cara2:
1. Rebus daging bersama sup bunjut tulang dan halia ke dalam periuk.
*ingat, daging perlu direbus lama supaya empuk.

2. Tumis bawang putih hingga garing.
3. Masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk rebusan daging
4. Masukkan garam, aji, sos tiram, biar mendidih.
5. Selepas api ditutup, taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan buah tomato.

SeLaMaT mEnJaMu SeLeRa!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...