Saturday, May 14

kek oren moist

My reveret cake! Orange buttercake, but this time yang moist punya. Thank you Eim from RSE.



Monday, May 9

Drive-In A&W

I've been told by my soulmate about this place few months back. With puzzled and unbelieving expression, I replied, "Seeing is believing." My soulmate beria-ia sangat ajak kami makan di sini (aku yakin dolu-dolu ini tempat dia dating). 

This is one of the famous A&W around PJ State as it is known. It is also reportedly, the first fast food restaurant in the whole of Malaysia. Operating 24 hours, it is a landmark in Petaling Jaya.



Frankly, ini first time aku makan di A&W. Bila nampak signage nie, barulah "I believe!".


Drive-In....park your car at designated drive-in lot and be served by the staff. 


 Since I like Coney Dog, I might as well ordered this set because it comes with my favourite curly fries.


 Anak2 aku begitu teruja dapat makan dalam kereta sebabnya, aku memang forbid dorang 'berkelah' dalam kereta sebab ini kereta, bukan kedai makan! Tit-bits saja dibenarkan di dalam kereta.


 Ini betul2 berkelah nie... 


 Soulmate aku senyum sampai ke telinga sebab dapat buktikan yang dia betul. "Kat PJ ada A&W drive-in."


 Tak lama lepas tu ada beberapa kereta lain yang join kami. Yang depan kami ni elderly couple, sebelah kami youngsters.

Sempat snap yang ini juga....



Tuesday, May 3

pulut kukus

Dua kali try tanak pulut ikut resipi dalam internet, dua kali tu jugak aku fail! Ceh! Then, aku col mak tanya cara masak pulut yang sedap dan cantik. Mak bagi instruction over the phone. Time mak explain tu aku tak catat satu apa pun, cuma visualized jer. Dan alhamdulillah, berjaya juga. So aku nak share tips dgn korang sume cara nak kukus pulut yg sedap dan cantik. Bagi yg expert masak pulut, just ignore jer cara aku nie yer.


 1. Rendam pulut dalam 1/2 jam ke 2 jam sebelum dikukus. Selepas direndam, gaulkan dgn sedikit garam. Kepada yg nak buat pulut kuning, boleh taburkan serbuk kunyit dan gaulkan.


 2. Ini stail aku, stail tradisional... lapikkan plastik tahan panas di dalam periuk kukus kecuali tengahnya supaya ada ruang untuk wap keluar.


 3. Letakkan pulut yg direndam tadi atas plastik tahan panas dan guntingkan daun pandan.


 4. Kukuskan  selama 15 ke 20 minit sahaja dahulu.


5. Transferkan pulut yang dikukus tadi ke bekas lain. Ia kelihatan seperti nasi mentah, but dont worry. Jangan buang plastik yang di dalam periuk kukus tadi kerana ia akan direcycle.


 6. Renjis2kan dengan air supaya pulut mentah ini nampak kebasah-basahan. JANGAN TUANG air kerana jika air terlebih, pulut ini akan jadi lembik. Kemudian tuang minyak dalam satu sudu dan gaulkan. Ini supaya pulut menjadi berderai dan tidak melekat2. 


 7. Transferkan semula pulut yang digaul minyak tadi ke atas plastik dalam periuk kukus.


8. Kukus semula dalam 15 ke 20 minit. Sekiranya pulut masih mentah, ulang langkah 5-7 tapi kali ini TANPA minyak. Proses ini mungkin agak remeh tapi anda pasti mendapat hasil yang memuaskan hati. Then....


9. Inilah hasilnya! Pulut yang lembut, sedap, berderai dan cantik. 

Special thanks to my beloved mum kerana mengajarkan anakandamu ini cara kukus pulut. 

Selamat mencuba!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...