Tuesday, May 8

Hari Sambal Tumis Ikan Bilis Sedunia

Tajuk mesti kasi propa sikit, baru orang nak baca. Hehehe... It's nothing actually. Citernya begini. Tadi aku order sambal tumis ikan bilis kat neber aku, Hanayati Baharom. Sebelum tu dia ada tag aku utk "LIKE" fanpage Hana Catering. Tapi aku reply "Kena buat food testing dulu, baru boleh 'like'."  So apa lagi, kebetulan memang ramai order sambal tumis dia, so aku pun menyelit lar sekali.



Sambal tumis ni memang perghhhh! Terbaekkk... Disebabkan sambal tumis nie lah, aku berkobar-kobar buat cekodok tepung lepas maghrib. Kalau tak, jangan haraplar. Sambal ni diambil suku daripada total amount. Maknanya ada banyak belennya lagi. Tadi aku dah siap2 beli roti banggali. Standby for supper!



Sambil menggoreng di dapur, aku sempat snap gelagat dua beradik ni menjamu cekodok panasku. Memang sedap makan cekodok panas cicah sambal tumis nie, diserikan lagi dgn teh o panas. Perghhhh! Selalunya kalau tak ada sambal tumis, kami cicah dgn sos cili, anak2 pula cicah dengan gula. Haha!

So yang jadi tajuk Hari Sambal Tumis Ikan Bilis Sedunia nie ialah kebetulan dua orang kawan aku, dengan bangganya  buat statement memasing tadi.

Ayu:  dan sesiapa yang nak order sambal tumis ikan bilis lagi sila bagi nama ye.

Tuty: Langkah kanan @ Aliza's.. Rizal msk smbal tumis.. Mkn dgn lempeng plak tu.. 

Aku?! Cekodok cicah sambal tumis! Haha!

Dalam masa 45 minit, 2 piring penuh cekodok  "selamat" dikendurikan oleh kami 4 beranak, begitu juga dengan sepiring kecil sambal tumis tu. Maybe sepiring lagi tu simpan utk supper. Manalah taw, selalunya malam2 ada saja yang masuk dapur cari makanan. Apa2 pun, thanx to Hanayati for this delicious sambal tumis ikan bilis. Next time kalau nak buat nasi lemak, boleh lar order sambalnya daripada awak ya. 





Monday, May 7

Seia Sekata

As usual, bila Danial balik cuti, kami jarang makan di rumah. This time, kami ke Pizza Hut Jusco... opps! Silap, nama dah tukar. AEON di Rawang. Ada orang kata tempat nie besar. Pada aku besar lagi AEON Bkt Tinggi Klang, 1Utama, AEON Melaka. AEON Rawang ni macam AEON Alpha Angle kat Wangsa Maju, tak banyak choice. 


 Nak jugak dia posing kat menu nie...


 Dua beradik yg jarang bertemu.


PSP nie kena sentiasa ada dlm handbag aku bagi menghilangkan kebosanan menunggu. Kalau lambat sngt makanan diserve, silap2 hari bulan pinggan, garfu ditelannya. So baiklah mereka layan PSP ni sementara menunggu makanan.



Saja nak tunjukkan Spalding yang baru dibeli. "Lambat sangat lar piza nak sampai, jom kita kenduri bola nie dulu."

 Sebelum makan, macam2 aksi ada.



Alhamdulillah, setiap kali bawak anak2 gi makan, makanan tak pernah ada belen. Sure licin punya, sebab tu rasa tak rugi bawak dorang makan luar. Tak kiralah makan apa sekali pun, sama ada makan ala-carte atau western. Orang tua2 kata, (orang tua ya, bukan orang muda) "Budak lelaki kuat makan". Pada aku, kalau habis duit kat makanan, tak apa. Jangan habis duit kat benda ntah apa2.

"Antara tugas utama si ibu ialah memastikan anaknya makan dengan kenyang. Kalau tak habis, perlulah dihabiskan oleh si ibu bagi mengelakkan pembaziran". Boleh tak statement begitu???


Seia Sekata macam SchAwal! Hehehe...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...