Tuesday, July 27

Nasi Arab D'Arab Cafe

Ini percubaan kali kedua kami makan nasi arab. Kali pertama semasa jualan amal di masjid berhampiran rumah kami. Kebetulan tempat ni belakang workplace my soulmate, belakang UNISEL, so tak ada masalah nak ke sana. Kami terus ke sini selepas kami singgah ke I-City. 

The name is D'Arab Cafe, situated at Sek7 Shah Alam, di food court belakang Unisel. D'Arab Cafe ada 3 kedai di situ. Satu kedai makan, satu lagi ialah kedai tit-bits seperti kurma, aiskrim, fruits dan yang ketiga ialah service for katering & delivery. Not bad. Sempat berbual dengan ownernya... aku gatal mulut suggestkan supaya dia buka di Saujana Utama. Hopefully suggestion aku tak dipandang enteng.



Ini pengalaman pertama Awin merasa nasi arab. Walaupun tak biasa makan, but she looks excited. Of course lah kan... hari2 makan nasi kawah. Sesekali kena tukar selera. 


Awin, my eldest, 17 and Qme, my youngest, 7!



Ini nasi kambing kabsah = RM14. Nasinya terlalu banyak. Actually satu pinggan boleh share 2 orang dan still termengah-mengah nak habiskan. 



This is hummos = RM5. Macam capati tapi bukan capati. Rasanya boleh tahan la. Pada yang tak biasa, mungkin rasa semacam.



This one nasi arab ayam panggang = RM10. Nasinya terlalu banyak dan ayamnya besar. Sedap, puas hati, berbaloi dengan RM10. 



Aku tertarik dengan nama kedai ni. Altramen Cafe, nasib baik bukan Ultramen Cafe! Waktu kami datang ni, banyak kedai yang dah tutup. Kalau ada rezeki, kami nak datang sini lagi. 

p/s: what happen dengan diet aku? Still on diet. Yang ini once a week only!


Monday, July 19

JM Beriani House

JM Beriani House! Sape yang tak kenal, kan? Fofular apa tempat nie. Masakan dia pun sedap2. Aku pengikut JM nie sejak dia mula establish kat KL. Time tu harga dia jauh lebih murah dari sekarang. Satu set boleh dapat RM5.50. Now, satu set RM10.90 minimum. 

Ini first time kami makan JM Beriani kat Tesco, MRR2. Tempatnya lebih spacious compared to other branches. Dah lama jugak kami tak ke sini. Tup2 harganya masyaAllah! Tapi sekali-sekala, apa salahnya. 


Ini aksi2 sebelum makan.
"Ayah, kalau ya pun lapar, janganlah anak pun nak dibaham."


Mukhriz dengan set beriani ayam goreng + orange juice.
RM10.90 perset.

Daniel balik cuti, tu yang 'jalan-jalan cari makan'.


Tengoklah muka aku nie. Muka bersalah. "Nak makan ke tak?" Tapi aku makan juga sikit. Disebabkan dah lama aku tak makan nasi, malamnya aku sakit kepala yang teramat sangat. Aku telan 3 bj Caffox dalam masa 3 jam. Imagine! Agaknya perut aku terkejut dan angin pun naik ke kepala, tu yang sakit sangat2.



Afiq cukup suka kalau kakak dan abangnya balik cuti sebab ibu dan ayah akan keluar "Jalan-jalan cari makan". Next week, Awin pulak balik. Maknanya "Makan luar lagi!"


"Kenyang perut, hati senang!"

Set beriani ayam goreng= RM10.90 x 2
Set beriani ayam masak merah= RM12.90 x 2
Set beriani daging= RM15.90 x 2
Air buah x 6

Total lunch of the day: RM90 ++
Comment: Berbaloi sebab kenyang sampai ke malam!



Tuesday, July 13

juadah penutup Rejab

Akhirnya cuti puasa last year sudah aku lunaskan dengan jayanya! 29 Rejab Y2010 ialah hari terakhir aku ganti posa. Selalunya kalau ganti posa, aku tak bersahur. Tapi disebabkan malam tu ada final World Cup, so aku merajinkan diri masak tengah2 malam dan dalam pukul 3 pagi, aku, my soulmate & Affiq bersahur together-gather sambil tengok Spain belasah Netherland. 

Sambil tengok World Cup, aku selang-selikan dengan menyiapkan job Angels & Demons (banyak cakap betullah citer ni!). Mari layan menu berbuka aku for the next day.

Menu yang ringkas tapi menyelerakan. Kari tenggiri, sambal tumis petai + ikan bilis, ikan masin sepat, buah tembikai, kuih kasui dan cucur badak. 


Kari nie kalau cicah dengan roti biasa atau roti canai, fuhhh!
(relax, i'm still on diet)




Apsal ikan bilis lebih menonjol daripada petainya? Petai ni kalau dimakan mentah pun SODAP!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...