Friday, April 16

Sup Daging 1Malaysia

Saja aku letak nama Sup Daging 1Malaysia,
kasi gempak sikit!
heheheh... 


Bahan2:
Daging 1kg - direbus selama 2 jam supaya empuk.
Sup bunjut tulang - 1 pek
Bawang putih - 4 ulas (diracik)
Halia sebesar ibu jari (dipecahkan)
Sos tiram -1/2 senduk nasi
Daun sup + daun bawang
Buah tomato

Cara2:
1. Rebus daging bersama sup bunjut tulang dan halia ke dalam periuk.
*ingat, daging perlu direbus lama supaya empuk.

2. Tumis bawang putih hingga garing.
3. Masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk rebusan daging
4. Masukkan garam, aji, sos tiram, biar mendidih.
5. Selepas api ditutup, taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan buah tomato.

SeLaMaT mEnJaMu SeLeRa!



Wednesday, April 14

Tempoyak Patin

Lately nie teragak benar nak makan tempoyak patin. Cari punya cari, dapat. Tapi kalau dapat ikan patin Raub, mesti sedap! Jom, aku nak share apa yang aku masak ari  ni.



Bahan2:
-Tempoyak 1 bunjut
*yang ini, tempoyak buat sendiri, bukan yang dibeli.

-Cili api 10 biji (ikut kepedasan masing2)
- Kunyit hidup sebesar ibu jari
*cili api & kunyit hidup diblend halus bersama

-daun kunyit 2 helai.

Cara2:
1. Masukkan daun kunyit, tempoyak dan bahan yang diblend tadi dalam periuk.
2. Panaskan dengan api perlahan dan gaul sampai naik bau.
3. Masukkan air suam 1/2 periuk, kacau hingga didih
4. Masukkan ikan patin 
5. Masukkan garam + aji, ikut citarasa.
6. Masak hingga betul2 mendidih.

SeLaMaT mEnCubA!





Monday, April 12

Nasi Ayam IbuKu

Selalunya wiken, aku akan masak something yang extraordinary for the family (apa2 pun bergantung kepada kerajinan aku juga...) Kebetulan Awin balik cuti, so masak la yang sedap2 sikit untuk dia. Resipi nie aku ambil drpd ibunda tercinta dan aku ubah serba-sikit sana sini. First thing yang kena dibuat ialah rebus ayam dulu sebab airnya nak diguna utk sup & nasi.



Aku rebuskan 3 ekor ayam selama 2 jam, masukkan garam 2 sudu besar. Aku tak goreng sebab bila ayam sejuk, ayam tu jadi keras, budak2 susah nak makan. Kalau direbus, daging ayam jadi lembut walaupun bila sejuk. Dan ayam ini, aku siap2 buangkan kulitnya. 


Sos cili nasi ayam.

Bahan2:
Cili merah RM2, blend halus.
Sos cili Thai, 1 senduk nasi.
Garam, aji & gula.

Cara:
1. Masukkan ke semua bahan tadi ke dalam periuk
2. Then, masukkan air suam hingga 3/4 periuk.
3. Masak hingga likat.



Sup.

Bahan2:
Bawang besar 1 bj - dihiris
Bawang putih 4 ulas - dihiris
Halia sebesar ibu jari - dipecahkan
Sup bunjut  2 pek
Daun sup + daun bawang

Cara2:
1. Tumis bawang besar yg dihiris tadi sampai garing
2. Masukkan bawang putih yg dihiris
3. Masukkan air rebusan ayam (ikut kuantiti sendiri)
4. Masukkan halia, sup bunjut
5. Rasa sup sama ada tawar atau masin.
* Ingat, garam sudah dimasukkan semasa merebus ayam.

6. Taburkan hirisan daun sup & daun bawang.



Nasi Ayam

Bahan2:
Beras (ikut sukatan sendiri)
Bawang besar 1 bj - hiris
Bawang putih 5 ulas - hiris
Halia sebesar ibu jari - diketuk

Cara2:
1. Basuh beras hingga bersih dan toskan airnya.
2. Tumiskan bawang merah dan putih hingga betul2 garing
*supaya warna nasi jadi keperangan

3. Masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi
yang berisi beras tanpa air. Gaulkan.
4. Masukkan halia yang diketuk
5. Masukkan air rebusan ayam ikut sukatan.

Kicap air, hirisan salad, tomato & timun sebagai pelengkap.

SeLaMaT mEnCuBa!


Thursday, April 1

Rebung & Co.

Tahu kenapa aku panggil rebung & co? Sebab kalau masak rebung, inilah pelengkapnya. Mesti ada ulam, tak kiralah jering ke, petai ke, ulam raja ke, tapi mesti ada ulam-ulaman. Then mesti ada ikan masin & ikan goreng. Sayur tak perlu sebab gulai dah berkuah. Unless ada anak kecil yang tak suka pedas, bolehlah diselitkan dengan bayam rebus. Aku nak share resipi gulai rebung nie dengan korang semua.


Bahan2:
1. Rebung mentah 1 paket
2. Udang RM1
3. Bawang besar 1 biji (saiz M)
4. Kunyi hidup sebesar ibu jari
5. Cili api 5 biji
6. Santan dari 1 biji kelapa
7. Serai 1 batang besar
8. Garam & aji

Tips: 
1.Blend bersama bawang, kunyit hidup & cili api.
2.Basuh kopek udang dan bersihkan.
3. Basuh rebung sebersih2nya.

Cara2:
1. Masukkan bahan yang diblend tadi + rebung + udang +serai ke dalam periuk.
2. Panaskan  sampai naik bau atau dalam 10 minit utk kecutkan rebung.
3. Masukkan santan + garam
4. Gaul sampai didih, then masukkan ajinomoto sikit.



Tiga serangkai.
ikan masin, jering muda, cencalok.
Kebetulan semuanya dibeli dari Melaka last week.

Cara hidangan cencalok:
1. cencalok sebanyak 3 sudu besar
2. cili api 2 biji - diracik halus
3. bawang besar dihiris halus (ikut kuantiti cencalok)
4. limau nipis 3 biji.
5. gaulkan bersama bahan 1-3.
6. perahkan air limau nipis, then gaul hingga sebati.

SeLaMaT mEnCuBa!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...