Sunday, June 16

my homemade pizza

This is my first attempt! Pagi tu cari bahan2 di Jaya Grocer....semuanya ada kat situ. All set, let's do it!



 Mula-mula, sapukan sos tomato & sos cili. Ratakan atas roti piza tu. Then...


Taburkan segala bahan... ikut citarasa uol, nak letak bahan apa. Like me, i taburkan sosej, tuna, cube pineapple, cili benggala, parmesan cheese, mozarella cheese, daun oregano, button mushroom dan sedikit bawang besar yg dipotong bulat. Pastu spraykan thousand island, mayonis and sedikit pepper.


Then bakar dalam microwave. But remember, you need to preheat the oven first, at least 10-15 minutes then only you start to bake. Macam my microwave, i dont have to set the baking time sebab it will set by itself after the preheat process.


H a P p Y     p I z Z a!










Thursday, June 13

burger kukus lava!


Something new di area rumah saya... not really new but it can be consider as a new attraction. Setiap malam penuh memanjang. Dah lama saya usha.. tiap kali nak g makan, asyik full house. Dalam hati, "Sedap bangat ke?" And finally bila kengkawan aerobik saya ajak lepak kat situ lepas our workout session, saya pun join sama. Sambil-sambil tu kami saling kutuk-mengutuk... "Lepas burn, g makan, bagus benor!".


I'm blessed to have them as my friends. From left to right: Sue, Nani, Ayu, me & Angah. They are positive thinkers, we motivate each other in losing weight and to have a big appettite too! Haha! So kami berlima pun order ala kadar, 3 burger share 5 orang... sharing is caring, kan? Ahaks! 


Inilah burger lavanya! Perghhh!!!! As for me, i'm breaking the rules. Normally I dont take daging at all but for tonite, belasah jer!!! Each different burger cut into 5 pieces.. so each of us just makan 3 ketul jer sebenarnya. Is that too much? Tak, kan? 


 Kenapa dipanggil burger lava? Kononnya nak sinonim dengan lava gunung berapi yang memuntahkan laharnya. Ekceli, the taste sama jer macam burger biasa. Tak ada beza pun. Itu pendapat saya yang tak berapa suka dengan burger. 


The menu! Name it...unta? Arnab? Mujur tak ada daging kuda! Ahaks!








Tuesday, June 11

t e m p a y a n


Anak-anak saya tanya apa itu tempayan. Jahil sungguh budak2 zaman sekarang nie. Jenuh juga saya nak explain kat dorang sebab kat rumah nenek dorang tak ada tempayan. Bila saya explainkan tempayan yg ada di laman saya, mereka kata itu pasu bunga besar. Haiyaa!


Tempayan merujuk kepada sejenis bekas yang diperbuat daripada tembikar. Ia bermulut luas dan ada pelbagai saiz. Kalau zaman dulu, tempayan ni diletakkan di depan pintu rumah, di dalamnya diisikan air yang digunakan utk mencuci kaki sebelum masuk ke dalam rumah. Tempayan ada banyak kegunaannya selain utk menyimpan air, ia digunakan untuk membuat ikan pekasam, memeram air tapai. Tempayan ini juga digunakan sebagai peribahasa seperti "Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?" yg membawa maksud mulut orang sukar untuk menyimpan rahsia. Kesian tempayan, tak pasal2 dijadikan peribahasa. Ahaks! 


Sebaik melangkah masuk, ruang depan ini menyambut kedatangan kami yg sememangnya tengah lapar. Kat sini, tempayan digunakan sebagai pasu hiasan dalaman. Bunyi percikan air, menenangkan pelanggan yang sedang menjamu selera. 


Saya sukakan ambience di sini... tenang, rileks. Selesa buat saya yang berfamili besar. Kat sini kalau nak buat gathering atau reunion pun ok jugak atau makan besar keluarga. Interiornya luas, ada kipas dan aircond (walaupun open space), tu yang terasa soothing jer... 


id nya banyak unsur2 kemelayuan... nice. Tatariasnya pun kemas, tak serabut sangat, tak simple sangat. Kat sini macam2 ada. Pelanggannya bukan saja melayu. Semasa kami datang nie, ada pelanggan cina & india juga...sebab ada roti canai dan nasi ayam hainan!

Siap ada bilik VIP. Not bad. Kalau nak buat meeting over lunch or nak private discussion, boleh tempah bilik ni.


Yang ini saya tak pasti bilik apa... mulanya saya ingatkan bilik solat. Tapi ada banyak mainan... so saya assume bilik permainan anak2 sebab ada banyak mainan dalam ni. For those yg bawak kids, boleh beri anak2 main kat sini sementara the parents makan. 


Ini antara makanan yg kami pesan. Nasi goreng usa, kuetiaw ladna.. harga boleh tahan. Mengikut tradisi kami sekeluarga, selalunya kalau first time makan kat mana2 kedai, kami akan order yg simple2 dan makanan yg kami selalu makan di kedai lain.Tujuannya...first, nak tahu totalnya mahal atau murah. Second nak tahu sedap atau tak makanan yg biasa orang pesan ni. Third nak tengok cepat atau lambat servis dia.



Sayangnya saya terlupa nak snap gambar air minuman kami. Ceh! Komen saya tentang makanan, sedap cuma pedas sangat. Tengok warna pun dah tahu, kan? Dari segi servis, cepat giler! Semuanya siap dihidang dalam masa 15 minit dan kami mula bermonolog sendiri... "Adakah semua makanan tu dah dimasak awal2 dan tinggal nak panaskan saja?" atau "Ramai ke tukang masak dia?". Hmmm... musykil. Sebabnya, kami order makanan yang berbeza, takkan boleh cepat sangat sampainya. Sampai serentak pulak tu. Magik sungguh!


Dinner malam tu, on me. So i was too eager to know the total memandangkan menu kami menu biasa. Grand total... rm86! Perghhhh! Dikira mahal lar juga. Bukan kami nak berkira bab makan tapi agak2 lar... Bila tengok balik resit, ada yg pricenya rm7.50 sepinggan, rm6.50 sepinggan sedangkan kalau kat kedai biasa, price range dalam rm5.50 the most.

Tapi nampak tak tempeyek atas kaunter tu? Tempeyek tu memang sedap gilerrr! Saya beli sebalang, harga rm18. Memang sedap, rangup dan terasa macam tempeyek zaman arwah nenek saya buat dulu. Kepada penggemar tempeyek, saya memang rekomen beli.


Malam tu kami pulang dengan perut kenyang....alhamdulillah, amin. Kpd yg nak try makan kat sini, lokasinya di pekan Sg Buloh. Areanya di jalan menuju ke Bukit Rahman Putra. Naik fly over nak ke BRP, sebaik saja menuruni fly over tu, uol kena buat u-turn ke kanan. After u-turn, himpit lane kiri dan uol dah boleh nampak kedai tu sebab ia betul2 kedai corner lot menghadap main road. Kepada yg familiar area Sg Buloh ni, tempayan terletak di premis Bank Rakyat lama. 

S e L a M a T   m E n J a M u    S e L e R a!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...