Friday, January 29

Kari Datang

Nama kari nie special sikit. Tentu ada yang heran, apa benda 'datang' tu. Actually nama ni combination daging dan kentang. So, jadilah Kari Datang. Saja nak bagi gempak. :-D


Bahan:
1. Daging 1kg (rebus 1 1/2 jam - 2jam supaya empuk)

2. Daun kari - 3, 4 pelepah

3. Jintan manis & putih -1 cmct each (kalau ada yg serbuk, better)

4. Serbuk kari daging - 3 sudu besar (campurkan air, jadikan pes)

5. Santan (1 biji kepala)

6. Kentang 2bj (rebus bersama daging, belah empat)

7. Bawang besar 1bj

8. Air asam jawa - 1 sudu besar


Cara-caranya:
1. Blend bawang besar bersama jintan manis & putih.
2. Tumis bhn yg diblend tadi bersama daun kari sampai garing

3. Masukkan serbuk kari daging, masak sampai naik minyak

5. Masukkan santan, then campurkan dgn 2 cawan air rebusan daging.

6. Masukkan garam, aji & air asam jawa. Tunggu sampai boil.

7. Masukkan daging & kentang yang direbus.

Tips:
Sedap dimakan bersama sambal belacan & ulam.


SeLaMaT mEnCuBa!



Monday, January 18

Pari Asam Pedas


This is one of our family's fav menu.
This is a traditional family recipe,
handed over to me by my dearest mom.

Bahan2:
- ikan pari 1kg (blh guna ikan kembung besar or cencaru)
- bwg besar size M 2 bj (blend)
- bwg putih 5 ulas (blend)
- asam jawa sekepal ( rendam, airnya dalam 2 gelas)
- brandi... opps, silap! BENDI rm1
- daun kesum (kalau beli seikat, guna 1/2 ikat)
- bunga kantan 2 batang (setiap satu belah dua)
- cili blend 2 sudu besar (ikut kepedasan masing2)
- garam, aji.



CaRa:
1. Tumiskan bawang merah & bawang putih sampai garing.
2. Masukkan cili blend (jgn hangit, nanti kuah rasa pahit)
3. Air asam (masukkan half dulu) then tuangkan air suam
4. Garam (ikut rasa masing)
5. Masukkan ikan pari, daun kesum, bunga kantan, bendi + aji.

Tips:
1. masak cili blend sampai warna cili jadi gelap, tp bukan hangus.
2. sekiranya tiada rasa masam, masukkan lebihan air asam tadi bit by bit.
3. sekiranya guna ikan cencaru, buangkan kulit kerasnya.




Inilah Ikan Pari Asam Pedas aku.



Inilah 'tiga dara pingitan' yang selalu menemani aku tiap kali aku masak. Pantang aku buka tingkap dapur, diaorang dah stand-by.


BTW, SeLaMaT mEnCuBa!




Monday, January 11

SiberBaq

Nama SiberBaq ini ialah ilham hubby, created on his 42nd bday actually. Relevannya nama SiberBaq ialah resipi ini diambil from siber which is internet dan Baq ialah catchy name for murtabak.



Bahan2:
500g daging kisar
1 bj bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
3 bj ubi kentang - dipotong dadu & rebuskan dulu
1 sudu rempah kari- cairkan
daun sup & daun bawang - diracik
2 bj telur
kulit popia
garam, aji & minyak


Inti murtabak:
1. tumiskan bawang sampai layu saja (bukan garing)
2. masukkan rempah kari, masak sampai pecah minyak
3. then masuk daging kisar sampai masak
4. masukkan kentang dadu (kalau terlalu kering, add air sikit)
5. lastly masuk daun sup & daun bawang, garam & aji

Then...
1. Pukul telur dalam mangkuk
2. masukkan inti ke dalam telur tadi, gaul.
3. then bungkus inti ke dalam kulit popia
4. goreng di atas kuali burger dgn sedikit minyak.




Round mini SiberBaq.



Square mini SiberBaq.

Tips: Supaya kulit popia tak keras.
Caranya senang jer... buka kulit popia yang nak digunakan tu piece by piece, then basahkan kain kecil, perah agak2 lembap, then tutupkan kulit popia yang dibuka piece by piece tadi dgn kain tu.

SeLaMaT mEnCubA!



Thursday, January 7

Ikan Kembung Bakar

Today rasa terlebih rajin la pulak. Terasa nak makan ikan bakar. Hari tu dah buat ikan cencaru bakar & kuah asam, hari ni ikan kembung bakar dengan kuah dont-know-what-name.


Bahannya senang jer:
1bj besar bawang merah,
5 ulas bawang putih
serai 6 batang
*semuanya diblend sampai halus.

Then:
Lumurkan pada ikan
(kalau nak sedap lagi, sumbatkan dalam badan ikan tu)



At first, aku try bakar guna grill ni.
Tapi rasa leceh pulak, jadi....


Aku improvised la, apa lagi!
Ambil daun pisang belakang rumah,
balutkan ikan, then bakar.



Bahan kuah ikan bakar:
1 bj bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
(semua ni diblend halus)

Then:
Masukkan dalam periuk.
Masukkan santan sebiji
Cili blend 2 sudu
Garam + aji
Then masak sampai boil.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...