Monday, September 23

Karipap Sardin... percubaan pertama

Again, anak2 sibuk nak buat karipap utk juadah berbuka puasa. Mulanya saya tak confident dorang boleh buat, tapi setelah mereka beria-ia siap gugel dalam internet bagai, barulah saya yakin yg dorang betul2 nak buat. Again, saya biarkan...dahulu! Perhatikan dari jauh saja.

Once all prepared, mereka pun mula memasukkan inti ke dalam kulit karipap untuk dikelim. Lama juga saya biarkan... saya tak jenguk dapur pun. Sengaja! Tiba-tiba terdengar commotion kat dapur. Entah apa yang kecoh sangat agaknya. Rupa2nya dorang argue dgn bentuk karipap masing2. Ada yg kelim terbukak semula, ada yg tak reti kelim, ada yang kelim sampai karipap jadi senget, macam2 dorang ni (malangnya saya tak snap gambar bentuk2 karipap tu). Nak tergelak pun ada. Then saya pun menyelit sama, saja nak test skill.

Saya kelim ikut stail saya... saya sendiri pun impress sebab seumur hidup, saya tak pernah kelim karipap. Pernah masuk pertandingan kelim karipap guna plastersin tapi entah apa2 jadinya. 

Boleh dikatakan saya bangga dengan hasil kerja tangan saya sendiri. Bukan semua org boleh buat kerja2 seni nie, especially saya. Tapi ntah macam mana, boleh menjadi pulak. Serius! Bangga betul!

Inilah karipap sardin yg dah siap hasil kelim saya... taklar cantik mana, tapi bolehlah. On that day, kami berjaya buat almost 30++ biji karipap. Not bad, huh? Yang pasti, isinya padat, puas hati makan. Tak seperti yg dijual, harap saja besar tapi dalamnya hampir kosong dan rasa ntah apa2!

Thanks juga kepada anak2 saya. Tanpa niat mereka yang beria-ia tu, saya takkan tahu yg saya ni reti kelim karipap sebenarnya. 

*ralat: saya tak ambil gambar2 karipap hasil buatan anak2 saya. :-(




Sunday, September 22

Spagheti Aglio Olio.. homemade


Tetiba rasa semangat nak buat spageti nie. Western food nie, saya 'kureng' sikit. Tapi bila fikirkan suami dan anak2 memang suka WF, tu yang saya jadi semangat. Lagipun setelah saya gugel, cara penyediaannya pun mudah, cuma bahan2nya saja yang leceh sikit nak cari sebab tak semua kedai ada jual bahan2 tu.


Saya gagahkan diri mencari bahan2 nie. Yang paling leceh nak cari ialah yang 'flakes2' seperti oregano flakes, parsley flakes, chilli flakes. Kalau cili flakes tak ada, guna saja serbuk cili biasa. Ada macam2 brand. Mccormick, Mastefood. Tapi saya pilih brand Meriah. Kebetulan pula semua brand name starts with M. 

Udang dan button mushroom ni saya rebus dulu, semasa rebus tu letak sikit garam supaya mushroom tu rasa masin sikit. Udang dah tentu manisnya yang tersendiri, kan? Kemudian toskan. Air rebusannya recycle untuk rebus brokoli pula dan kemudian jangan buang, nak recycle lagi nanti.


Kemudian saya rebus pasta. Saya tak guna spageti, saya guna vermecelli sebab yang ini halus sikit. Saya bubuh minyak supaya pasta ni tak melekat. Bila dah cukup masak, saya toskan.

Sesiapa yg nak try buat, bolehlah guna resipi saya nie. Bahannya adalah seperti gambar di atas dan tambah brokoli. Kat dalam gmbr tu, saya terlupa letak brokoli. Jumlah samada satu sudu besar ke, satu sudu teh ke, itu ikut kesedapan masing2. Saya letak semuanya satu sudu besar dan seketul pati ayam.

Cara2nya mudah saja:

1. Tumis bawang putih sampai garing, bukan sampai hangus yer.
2. Masukkan air rebusan udang dan mushroom tadi.
3. Masukkan kesemua flakes..oregano, parsley, black pepper, pati ayam, garam & aji sikit.
4. Masukkan pasta / spageti, gaulkan.
5. Masukkan udang & mushroom * brokoli yg direbus tadi.
6. Hidangkan.

Inilah Spageti Aglio Olio hasil air tangan saya!

Berselera betul en.somi & anak saya. Aik! Qme belasah semua bahan2 dulu kemudian baru makan pasta?? macam2...



kuih bakar...1st attempt

Bila anak2 bersemangat nak buat kuih, saya biarkan saja... Janji lepas semua settle, dapur saya dikemas dan jadi seperti sediakala.


 Kali ini, saya tak masuk campur. Saya cuma tahu makan saja. 

 Nampak macam usaha mereka menjadi. Alhamdulillah.

Rentetan daripada kejayaan mereka, beberapa siri kuih bakar berjaya dimasak oleh mereka selepas itu. Ekceli tak susah pun nak buat, pejam mata pun dah boleh buat. Cuma next time jgn lupa beli biji bijan!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...