Sunday, September 22

Spagheti Aglio Olio.. homemade


Tetiba rasa semangat nak buat spageti nie. Western food nie, saya 'kureng' sikit. Tapi bila fikirkan suami dan anak2 memang suka WF, tu yang saya jadi semangat. Lagipun setelah saya gugel, cara penyediaannya pun mudah, cuma bahan2nya saja yang leceh sikit nak cari sebab tak semua kedai ada jual bahan2 tu.


Saya gagahkan diri mencari bahan2 nie. Yang paling leceh nak cari ialah yang 'flakes2' seperti oregano flakes, parsley flakes, chilli flakes. Kalau cili flakes tak ada, guna saja serbuk cili biasa. Ada macam2 brand. Mccormick, Mastefood. Tapi saya pilih brand Meriah. Kebetulan pula semua brand name starts with M. 

Udang dan button mushroom ni saya rebus dulu, semasa rebus tu letak sikit garam supaya mushroom tu rasa masin sikit. Udang dah tentu manisnya yang tersendiri, kan? Kemudian toskan. Air rebusannya recycle untuk rebus brokoli pula dan kemudian jangan buang, nak recycle lagi nanti.


Kemudian saya rebus pasta. Saya tak guna spageti, saya guna vermecelli sebab yang ini halus sikit. Saya bubuh minyak supaya pasta ni tak melekat. Bila dah cukup masak, saya toskan.

Sesiapa yg nak try buat, bolehlah guna resipi saya nie. Bahannya adalah seperti gambar di atas dan tambah brokoli. Kat dalam gmbr tu, saya terlupa letak brokoli. Jumlah samada satu sudu besar ke, satu sudu teh ke, itu ikut kesedapan masing2. Saya letak semuanya satu sudu besar dan seketul pati ayam.

Cara2nya mudah saja:

1. Tumis bawang putih sampai garing, bukan sampai hangus yer.
2. Masukkan air rebusan udang dan mushroom tadi.
3. Masukkan kesemua flakes..oregano, parsley, black pepper, pati ayam, garam & aji sikit.
4. Masukkan pasta / spageti, gaulkan.
5. Masukkan udang & mushroom * brokoli yg direbus tadi.
6. Hidangkan.

Inilah Spageti Aglio Olio hasil air tangan saya!

Berselera betul en.somi & anak saya. Aik! Qme belasah semua bahan2 dulu kemudian baru makan pasta?? macam2...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...