Sunday, August 12

cakes... first attempt

Frankly, aku ni peminat cakes... tapi non-icing cake! *i dont like sweet foods*. Semua kek ni baked by my doter, Awin. Dia yg bersemangat nak masak kek, aku bersemangat makan jer. So ini first attempt dia bersama bantuan my Cooking Magic Panasonic Convection Oven. Layan gambar2 nie ye. 


 Kek Oren... of coz my feveret. Both thumbs up!


 The next day, followed by kek marble... my feveret also. Perghhh!


 Hasil kek marble... dapat 4 bintang sebab warna coco kurang menyerlah.

 Third day: Muffin pisang... this time ada helper cilik.. Qme.


Tadaaaaa!!!!

 Coklat Moist Cake... saya kureng sikit dengan cake ni. Saja jer suruh Awin try.


 Naik cantik... ada harapan.


Presentation cuma boleh bagi 2 bintang jer tapi rasa 5 bintang!
Dont judge a cake by it's topping! Ahaks!

next mission : almond kek!






Wednesday, June 6

Joned's Cafe

 Lokasi: Alor Star. Price okay, tempat bersih & packed!

 Speciality: Mee Gulung. What-the-heck....??
Tapi memang terbaekkkkk....


 Chicken chop for the kids... it's their fav. 


 Two hotdogs with egg! Yummy jugak... for my soulmate.

Gelagat anak2...



Tuesday, May 8

Hari Sambal Tumis Ikan Bilis Sedunia

Tajuk mesti kasi propa sikit, baru orang nak baca. Hehehe... It's nothing actually. Citernya begini. Tadi aku order sambal tumis ikan bilis kat neber aku, Hanayati Baharom. Sebelum tu dia ada tag aku utk "LIKE" fanpage Hana Catering. Tapi aku reply "Kena buat food testing dulu, baru boleh 'like'."  So apa lagi, kebetulan memang ramai order sambal tumis dia, so aku pun menyelit lar sekali.



Sambal tumis ni memang perghhhh! Terbaekkk... Disebabkan sambal tumis nie lah, aku berkobar-kobar buat cekodok tepung lepas maghrib. Kalau tak, jangan haraplar. Sambal ni diambil suku daripada total amount. Maknanya ada banyak belennya lagi. Tadi aku dah siap2 beli roti banggali. Standby for supper!



Sambil menggoreng di dapur, aku sempat snap gelagat dua beradik ni menjamu cekodok panasku. Memang sedap makan cekodok panas cicah sambal tumis nie, diserikan lagi dgn teh o panas. Perghhhh! Selalunya kalau tak ada sambal tumis, kami cicah dgn sos cili, anak2 pula cicah dengan gula. Haha!

So yang jadi tajuk Hari Sambal Tumis Ikan Bilis Sedunia nie ialah kebetulan dua orang kawan aku, dengan bangganya  buat statement memasing tadi.

Ayu:  dan sesiapa yang nak order sambal tumis ikan bilis lagi sila bagi nama ye.

Tuty: Langkah kanan @ Aliza's.. Rizal msk smbal tumis.. Mkn dgn lempeng plak tu.. 

Aku?! Cekodok cicah sambal tumis! Haha!

Dalam masa 45 minit, 2 piring penuh cekodok  "selamat" dikendurikan oleh kami 4 beranak, begitu juga dengan sepiring kecil sambal tumis tu. Maybe sepiring lagi tu simpan utk supper. Manalah taw, selalunya malam2 ada saja yang masuk dapur cari makanan. Apa2 pun, thanx to Hanayati for this delicious sambal tumis ikan bilis. Next time kalau nak buat nasi lemak, boleh lar order sambalnya daripada awak ya. 





Monday, May 7

Seia Sekata

As usual, bila Danial balik cuti, kami jarang makan di rumah. This time, kami ke Pizza Hut Jusco... opps! Silap, nama dah tukar. AEON di Rawang. Ada orang kata tempat nie besar. Pada aku besar lagi AEON Bkt Tinggi Klang, 1Utama, AEON Melaka. AEON Rawang ni macam AEON Alpha Angle kat Wangsa Maju, tak banyak choice. 


 Nak jugak dia posing kat menu nie...


 Dua beradik yg jarang bertemu.


PSP nie kena sentiasa ada dlm handbag aku bagi menghilangkan kebosanan menunggu. Kalau lambat sngt makanan diserve, silap2 hari bulan pinggan, garfu ditelannya. So baiklah mereka layan PSP ni sementara menunggu makanan.



Saja nak tunjukkan Spalding yang baru dibeli. "Lambat sangat lar piza nak sampai, jom kita kenduri bola nie dulu."

 Sebelum makan, macam2 aksi ada.



Alhamdulillah, setiap kali bawak anak2 gi makan, makanan tak pernah ada belen. Sure licin punya, sebab tu rasa tak rugi bawak dorang makan luar. Tak kiralah makan apa sekali pun, sama ada makan ala-carte atau western. Orang tua2 kata, (orang tua ya, bukan orang muda) "Budak lelaki kuat makan". Pada aku, kalau habis duit kat makanan, tak apa. Jangan habis duit kat benda ntah apa2.

"Antara tugas utama si ibu ialah memastikan anaknya makan dengan kenyang. Kalau tak habis, perlulah dihabiskan oleh si ibu bagi mengelakkan pembaziran". Boleh tak statement begitu???


Seia Sekata macam SchAwal! Hehehe...


Friday, January 27

Cinnabon Nadia

Terliur sekejap bila Nadia poskan cinnabon ni dalam status FB. Ceh! Jeles pun ada sebab aku malas tak reti buat benda2 nie. Tapi cinnabon ni memang biasa aku tengok kat Auntie Anne (tingat kat my feveret sour cream onion... pergh!). Bestnya kalau Nadia baik hati dapat 'poskan'. Heheheh.... 

Tetiba Nadia col tanya "Yanti, you nak tak?" Soalan apa tu, beb? Takkan aku nak jawab "Tak apalah, Nadia, tima kasih jer (dgn nada sayu)". Kan?!! Umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Laju jer aku mengarahkan Muhkriz "Jenguk2 kereta Aunty Nadia depan gate tu." Hehehe...

Less than 10 minutes, cinnabon yang ditunggu pun tiba... Bukak jer tupperware, bau kulit kayu manis yang semerbak menusuk hidung aku. Tapi apa2 hal, snap gambar dulu then baru ngap!

"To Nadia,
 Frankly, your cinnabon delicious giler, beb! Aku tahulah kau baru beli breadmaker, so kau kenalah merajin-rajinkan diri masak apa yg patut dan mengagih-agihkannya kepada kawan-kawan seperti aku. Haha! Kalau kau tanya aku berapa bintang nak kasik, aku bagi kau 9 out of 10 bintang! Tak boleh lar kasik 10 perfect sebab bagi 2 ketul jer. Kalau bagi 10, 20 ketul, baru boleh up skit. Hehe... Apa-apa pun, keep it up, jangan lupa bagi lagi."






Monday, January 16

Gulai Sardin Cili Api

Awin sms... mintak resipi kari sardin. "Anakanda, mana ada kari sardin, gulai sardin adalah. Warna jer macam kari. Hehehe..." Here's the recipe.


Bahan:
  • Sardin 1 tin
  • cili api - jumlah biji ikut kepedasan masing2.
  • bawang kecil -3, 4 biji / bawang besar - saiz M (either one)
  • kunyit hidup -seinci (boleh ganti dengan kunyit serbuk)
  • Serai - 1 btg (diketuk)
  • Asam keping - 2
  • ubi kentang - 2 biji (dipotong memanjang)
  • santan 
*blend bawang bersama cili api

Cara:
  • perah santan ke dalam periuk
  • masukkan bahan blend + serai + asam keping + garam, tunggu sampai half boil.
  • masukkan kentang, tunggu fully boil.
  • masukkan sardin & kuahnya + aji.
  • Hidangkan
*warnanya macam kari sebab warna kuah sardin bercampur dgn santan + asam keping
*kalau pekat, tambahkan air.

SeLaMaT mEnCuBa!

tauchu sardin timun

Menu yang ringkas, mudah disediakan dan sedap!

Bahan:
  • Sardin 1 tin
  • timun 2 batang.
  • tauchu brand tamin - 2 sudu
  • halia sebesar ibu jari kaki
  • bawang putih 4 ulas
  • bawang besar 1 biji
  • air asam jawa
  • air suam utk kuah
  • cili besar (hijau atau merah dibelah dua)

* halia & bawang putih dihiris / dimayang
* bawang besar dibelah empat
* jangan bubuh garam sebab tauhu dah masin.

Cara timun dipotong.

Caranya:
  • tumiskan bahan yang dihiris dalam minyak yang sederhana panas, hingga garing.
  • masukkan tauchu, masak sampai naik bau
  • masukkan air suam, tunggu sampai boil
  • masukkan sardin + timun + bawang besar yang dibelah+ air asam, tunggu sampai boil
  • masukkan ajinomoto sikit + cili besar
  • Hidangkan! 



SeLaMaT MeNcUbA!


Sunday, January 15

Gulai Nenas


Bahan2 nya:
  • nenas - 1 biji ( dibelah dua, dibuang tulang keras, kemudian dipotong serong)
  • santan - 1 biji
  • cili api - jumlah biji ikut kepedasan masing2
  • bawang besar saiz M - 1 biji
  • kunyit hidup - seinci (guna serbuk kunyit pun ok)
  • ikan masin talang atau terubuk (kalau tak ada pun tak apa)
  • serai - 2 batang (dipecahkan)
  • ikan bilis - 15, 20 ekor (ditumbuk separuh hancur)

*cili api, bawang, kunyit hidup/kunyit serbut diblend bersama.

Cara2 nya:
  • bahan yang diblend, ikan talang, ikan bilis, serai, nenas masuk dalam periuk (dipanaskan sampai naik bau)
  • then masukkan santan + garam + aji.
  • tunggu sampai gulai mendidih (kalau pekat, tambahkan air)
*sedap dihidang bersama sambal belacan, ikan goreng, ulam (timun, etc) dan ikan masin.


SeLaMaT mEnCuBa!



kisah pau

Korang makan pau macam mana? Adakah sebaik saja dibeli, terus makan atau apa? Aku ada stail bila makan pau. Kulit luarnya aku akan buang seperti dalam gambar. Aku tak tau kenapa, tapi sejak kecil, aku memang diajar begitu. Sebab kulit luarnya terdedah kepada habuk and what-not. 

Now, aku perturunkan ilmu 'makanpaubuangkulitdulu' kepada anak-anak aku. Tapi ada jer anak aku yang terus ngap pau tu masuk mulut. Malas nak buang kulit, katanya. Lantakler, janji aku dah ajar cara yang terbaik untuk makan pau. Lagipun no harm in doing that. In whatever i do, aku akan selalu basuh dulu benda yang aku nak guna atau nak makan. Sebabnya there's a small voice in me keep whispering "Yanti, be careful. Manalah tau, ada cicak atau lipas yang dah bertenggek atas benda tu."  eeeeeyuks!!!!

So now, tepuk dada tanya tekak... sanggup tak nak makan kalau creepy-crawly dah mencemari makanan kita tu? Fikir-fikirkan ya.... 


Friday, January 6

tahun baru, facelift pun baru

tahun baru, facelift pun baru. bukan apa, supaya anakanda Awin yang berada di perantauan bersemangat sikit nak selak-selak blog masak ibu ni. kalau tak nanti, boring pulak dgn facelift lama...

kepada anakanda Awin, ibu akan cuba menghupdet sekerap mungkin segala resipi yg ibu dah praktikkan. resipi ibu ni taklah secanggih mana, masakan pun tak sehebat mana, tapi kalau keadaan terdesak, sekurang-kurangnya Awin taklah lapar. ibu tak mampu nak tinggalkan harta menggunung utk anak2 ibu selain ilmu yang tak seberapa ini, harapan ibu moga Awin dapat manfaatkannya sebaik mungkin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...