Tuesday, May 8

Hari Sambal Tumis Ikan Bilis Sedunia

Tajuk mesti kasi propa sikit, baru orang nak baca. Hehehe... It's nothing actually. Citernya begini. Tadi aku order sambal tumis ikan bilis kat neber aku, Hanayati Baharom. Sebelum tu dia ada tag aku utk "LIKE" fanpage Hana Catering. Tapi aku reply "Kena buat food testing dulu, baru boleh 'like'."  So apa lagi, kebetulan memang ramai order sambal tumis dia, so aku pun menyelit lar sekali.



Sambal tumis ni memang perghhhh! Terbaekkk... Disebabkan sambal tumis nie lah, aku berkobar-kobar buat cekodok tepung lepas maghrib. Kalau tak, jangan haraplar. Sambal ni diambil suku daripada total amount. Maknanya ada banyak belennya lagi. Tadi aku dah siap2 beli roti banggali. Standby for supper!



Sambil menggoreng di dapur, aku sempat snap gelagat dua beradik ni menjamu cekodok panasku. Memang sedap makan cekodok panas cicah sambal tumis nie, diserikan lagi dgn teh o panas. Perghhhh! Selalunya kalau tak ada sambal tumis, kami cicah dgn sos cili, anak2 pula cicah dengan gula. Haha!

So yang jadi tajuk Hari Sambal Tumis Ikan Bilis Sedunia nie ialah kebetulan dua orang kawan aku, dengan bangganya  buat statement memasing tadi.

Ayu:  dan sesiapa yang nak order sambal tumis ikan bilis lagi sila bagi nama ye.

Tuty: Langkah kanan @ Aliza's.. Rizal msk smbal tumis.. Mkn dgn lempeng plak tu.. 

Aku?! Cekodok cicah sambal tumis! Haha!

Dalam masa 45 minit, 2 piring penuh cekodok  "selamat" dikendurikan oleh kami 4 beranak, begitu juga dengan sepiring kecil sambal tumis tu. Maybe sepiring lagi tu simpan utk supper. Manalah taw, selalunya malam2 ada saja yang masuk dapur cari makanan. Apa2 pun, thanx to Hanayati for this delicious sambal tumis ikan bilis. Next time kalau nak buat nasi lemak, boleh lar order sambalnya daripada awak ya. 





2 comments:

working mom... said...

aritu saya lalu depan umah akak...cantik dan besar umah akak... :)

MisY said...

Ya ke? Nape x ding dong? Blh sembng2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...