Tuesday, June 11

t e m p a y a n


Anak-anak saya tanya apa itu tempayan. Jahil sungguh budak2 zaman sekarang nie. Jenuh juga saya nak explain kat dorang sebab kat rumah nenek dorang tak ada tempayan. Bila saya explainkan tempayan yg ada di laman saya, mereka kata itu pasu bunga besar. Haiyaa!


Tempayan merujuk kepada sejenis bekas yang diperbuat daripada tembikar. Ia bermulut luas dan ada pelbagai saiz. Kalau zaman dulu, tempayan ni diletakkan di depan pintu rumah, di dalamnya diisikan air yang digunakan utk mencuci kaki sebelum masuk ke dalam rumah. Tempayan ada banyak kegunaannya selain utk menyimpan air, ia digunakan untuk membuat ikan pekasam, memeram air tapai. Tempayan ini juga digunakan sebagai peribahasa seperti "Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?" yg membawa maksud mulut orang sukar untuk menyimpan rahsia. Kesian tempayan, tak pasal2 dijadikan peribahasa. Ahaks! 


Sebaik melangkah masuk, ruang depan ini menyambut kedatangan kami yg sememangnya tengah lapar. Kat sini, tempayan digunakan sebagai pasu hiasan dalaman. Bunyi percikan air, menenangkan pelanggan yang sedang menjamu selera. 


Saya sukakan ambience di sini... tenang, rileks. Selesa buat saya yang berfamili besar. Kat sini kalau nak buat gathering atau reunion pun ok jugak atau makan besar keluarga. Interiornya luas, ada kipas dan aircond (walaupun open space), tu yang terasa soothing jer... 


id nya banyak unsur2 kemelayuan... nice. Tatariasnya pun kemas, tak serabut sangat, tak simple sangat. Kat sini macam2 ada. Pelanggannya bukan saja melayu. Semasa kami datang nie, ada pelanggan cina & india juga...sebab ada roti canai dan nasi ayam hainan!

Siap ada bilik VIP. Not bad. Kalau nak buat meeting over lunch or nak private discussion, boleh tempah bilik ni.


Yang ini saya tak pasti bilik apa... mulanya saya ingatkan bilik solat. Tapi ada banyak mainan... so saya assume bilik permainan anak2 sebab ada banyak mainan dalam ni. For those yg bawak kids, boleh beri anak2 main kat sini sementara the parents makan. 


Ini antara makanan yg kami pesan. Nasi goreng usa, kuetiaw ladna.. harga boleh tahan. Mengikut tradisi kami sekeluarga, selalunya kalau first time makan kat mana2 kedai, kami akan order yg simple2 dan makanan yg kami selalu makan di kedai lain.Tujuannya...first, nak tahu totalnya mahal atau murah. Second nak tahu sedap atau tak makanan yg biasa orang pesan ni. Third nak tengok cepat atau lambat servis dia.



Sayangnya saya terlupa nak snap gambar air minuman kami. Ceh! Komen saya tentang makanan, sedap cuma pedas sangat. Tengok warna pun dah tahu, kan? Dari segi servis, cepat giler! Semuanya siap dihidang dalam masa 15 minit dan kami mula bermonolog sendiri... "Adakah semua makanan tu dah dimasak awal2 dan tinggal nak panaskan saja?" atau "Ramai ke tukang masak dia?". Hmmm... musykil. Sebabnya, kami order makanan yang berbeza, takkan boleh cepat sangat sampainya. Sampai serentak pulak tu. Magik sungguh!


Dinner malam tu, on me. So i was too eager to know the total memandangkan menu kami menu biasa. Grand total... rm86! Perghhhh! Dikira mahal lar juga. Bukan kami nak berkira bab makan tapi agak2 lar... Bila tengok balik resit, ada yg pricenya rm7.50 sepinggan, rm6.50 sepinggan sedangkan kalau kat kedai biasa, price range dalam rm5.50 the most.

Tapi nampak tak tempeyek atas kaunter tu? Tempeyek tu memang sedap gilerrr! Saya beli sebalang, harga rm18. Memang sedap, rangup dan terasa macam tempeyek zaman arwah nenek saya buat dulu. Kepada penggemar tempeyek, saya memang rekomen beli.


Malam tu kami pulang dengan perut kenyang....alhamdulillah, amin. Kpd yg nak try makan kat sini, lokasinya di pekan Sg Buloh. Areanya di jalan menuju ke Bukit Rahman Putra. Naik fly over nak ke BRP, sebaik saja menuruni fly over tu, uol kena buat u-turn ke kanan. After u-turn, himpit lane kiri dan uol dah boleh nampak kedai tu sebab ia betul2 kedai corner lot menghadap main road. Kepada yg familiar area Sg Buloh ni, tempayan terletak di premis Bank Rakyat lama. 

S e L a M a T   m E n J a M u    S e L e R a!




4 comments:

Runiza said...

Haha... aritu Izzat pun ada tanya apakah tempayan :))

MisY said...

hehehe

che dai said...

Tempayan....tempayan. suka sgt.

che dai said...

Tempayan....tempayan. suka sgt.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...