Tuesday, July 27

Nasi Arab D'Arab Cafe

Ini percubaan kali kedua kami makan nasi arab. Kali pertama semasa jualan amal di masjid berhampiran rumah kami. Kebetulan tempat ni belakang workplace my soulmate, belakang UNISEL, so tak ada masalah nak ke sana. Kami terus ke sini selepas kami singgah ke I-City. 

The name is D'Arab Cafe, situated at Sek7 Shah Alam, di food court belakang Unisel. D'Arab Cafe ada 3 kedai di situ. Satu kedai makan, satu lagi ialah kedai tit-bits seperti kurma, aiskrim, fruits dan yang ketiga ialah service for katering & delivery. Not bad. Sempat berbual dengan ownernya... aku gatal mulut suggestkan supaya dia buka di Saujana Utama. Hopefully suggestion aku tak dipandang enteng.



Ini pengalaman pertama Awin merasa nasi arab. Walaupun tak biasa makan, but she looks excited. Of course lah kan... hari2 makan nasi kawah. Sesekali kena tukar selera. 


Awin, my eldest, 17 and Qme, my youngest, 7!



Ini nasi kambing kabsah = RM14. Nasinya terlalu banyak. Actually satu pinggan boleh share 2 orang dan still termengah-mengah nak habiskan. 



This is hummos = RM5. Macam capati tapi bukan capati. Rasanya boleh tahan la. Pada yang tak biasa, mungkin rasa semacam.



This one nasi arab ayam panggang = RM10. Nasinya terlalu banyak dan ayamnya besar. Sedap, puas hati, berbaloi dengan RM10. 



Aku tertarik dengan nama kedai ni. Altramen Cafe, nasib baik bukan Ultramen Cafe! Waktu kami datang ni, banyak kedai yang dah tutup. Kalau ada rezeki, kami nak datang sini lagi. 

p/s: what happen dengan diet aku? Still on diet. Yang ini once a week only!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...