Sambal sotong memang kegemaran kami sekeluarga. Senang citer, apa saja lauk bersotong pasti licin. Sedap atau tak, belakang kira. Yang pasti, tiap kali masak sotong, licin! Maknanya sedap la tu, kan? :-D
Kepada yang nak mencuba resipi ni, silakan...
1. Sotong - 1kg
2. Cili merah - 10-15 bj
3. Bawang besar - 1 bj (saiz L)
4. Asam keping - 1 keping (kalau besar)
5. Minyak masak, garam & aji.
Tips: Blend cili merah bersama bawang besar & sedikit garam.
Cara2:
1. Goreng sotong half-cooked, asingkan.
2. Masukkan bahan yang diblend tadi, kalau boleh guna minyak baru.
3. Kemudian masukkan asam keping, garam & aji.
Hiasan:
Potong bulat bawang besar & taburkan atas hidangan.
SeLaMaT MenCuBa!
2 comments:
shedapppp! sambal sotong is my peberet tapi i guna cili kering..
KC
kc,
aku guna cili masak sebab cili tu cepat masak. kalau guna cili kering, kena tunggu dia betul2 masak.
no time to wait lar... :-D
Post a Comment