Saturday, December 31

Lagenda 17 best!

26 Dec... sekembalinya dari Melaka, kami terus singgah ke sini. Dah lama tahu pasal tempat ni tapi masa tak mengizinkan. Mulanya menggagau jugak cari tempat nie, tapi atas pertolongan En. Garmin, pencarian membuahkan hasil. Cewah!


Maybe ada yang tak tahu siapa pemilik Lagenda 17 ni. Tak apa, layan dulu citer aku nie ek? Lagenda 17 ialah restoran milik si suami & LinaLoolie ialah butik milik si isteri. Kira bisnes asben & wife lar nie.


Nama2 menu  menakutkan... Mahu menangis selepas makan nasi goreng tu. Haha!


Sambil menunggu hidangan, kami melihat2 wall of fame kat sini. Di sebelah kiri dihiasi dengan gambar2 semasa zaman kegemilangan beliau tahun '80-an. Beliau pernah bermain dengan beberapa orang legend seperti Super Mokh, Soh Chin Aun, Arumugam & Santokh Singh. Pernah digandingkan bersama Dollah Salleh dan sejak itu mendapat jolokan penyerang berkembar oleh peminat seluruh negara.


Zaman kegemilangan bermula dengan Pahang. Memang banyak kejohanan yang disertai oleh beliau bersama team kebangsaan, pernah menjadi kapten dan digeruni pihak lawan peringkat asia tenggara.


Kasut emas beliau juga dipamerkan di sini... satu pencapaian membanggakan. beliau dianugerahkan sebagai pemain paling berharga kejohanan (MVP) lalu mengakhiri karier bersama team kebangsaan pada tahun 1997.


Aku order main menu kat sini... Nasi Ayam Hainaneese. Simple tapi sedap! Memang best!


Dan aku juga order Nasi Goreng Lagenda, speciality Lagenda 17. Tak sia2 aku order, sedap!


Puas hati makan kat sini... memenuhi citarasa kami sekeluarga.


Antara keratan2 akhbar tentang kegemilangan beliau serta jersi2 yg pernah disarungkan selama penglibatan beliau dalam arena bola sepak.


Now baru aku faham kenapa Lagenda 17. Sebab dulu beliau menyarungkan jersi no 17.


My soulmate sempat berborak2 dgn beliau. Lagenda 17 juga pernah mendapat pengiktirafan daripada JJCM pada awal tahun ini. Keep it up!


Plat kereta pun 17 juga.


Sedikit info tentang beliau. Dilahirkan pada 9 November 1963. Merupakan seorang pemain kebangsaan sekitar tahun 1980-1990 'an. Karier bolasepak bermula apabila menyertai selangor pada tahun 1980. Kejohanan terakhir beliau bersama team kebangsaan adalah pada edisi sulung Piala AFF(Tiger cup). Pada ketika itu Malaysia tewas dengan Thailand 1-0 pade Final.  Menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan dan kini merupakan Coach pasukan Shahzan Muda. Pahang. Anaknya juga mengikut jejak langkahnya dalam bolasepak. Zaiza Zainal Abidin, kini bermain untuk pasukan Selangor.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...