Lately nie teragak benar nak makan tempoyak patin. Cari punya cari, dapat. Tapi kalau dapat ikan patin Raub, mesti sedap! Jom, aku nak share apa yang aku masak ari ni.
Bahan2:
-Tempoyak 1 bunjut
*yang ini, tempoyak buat sendiri, bukan yang dibeli.
-Cili api 10 biji (ikut kepedasan masing2)
- Kunyit hidup sebesar ibu jari
*cili api & kunyit hidup diblend halus bersama
-daun kunyit 2 helai.
Cara2:
1. Masukkan daun kunyit, tempoyak dan bahan yang diblend tadi dalam periuk.
2. Panaskan dengan api perlahan dan gaul sampai naik bau.
3. Masukkan air suam 1/2 periuk, kacau hingga didih
4. Masukkan ikan patin
5. Masukkan garam + aji, ikut citarasa.
6. Masak hingga betul2 mendidih.
SeLaMaT mEnCubA!
4 comments:
yummeh!...isnin lepas br pekena ikan patin tempoyak kat kuantan...perghh!..best nyer...
fuh, itu mmg peberet kitorang laa. tengok ini post cam nak buat jer...uhuk!
working mom,
memang sedap, beb.
KC,
buat jgn tak buat... lepas tu pas la kat aku sikit. hehehe
Post a Comment