Thursday, August 18

bila ayah masuk dapur...

Ayah (my soulmate) balik dari kedai. Aku tengok ada beberapa bungkusan plastik yang dijinjingnya. Aku biarkan. Tak lama lepas tu kedengaran bunyi bising di dapur. Aku pun jenguk. MasyaAllah! What the heck.....?!


Rupa2nya ayah nak masak spagheti for iftar. Aduh, tunggang-langgang jadinya dapur aku. Selalunya bila ayah masuk dapur, aku takkan kacau. Anak2 sibuk nak tolong itu dan ini. Ayah kata, "Tengok jer, jangan kacau". Ayah didihkan air untuk rebus spagheti. Tugas aku kali ini merakamkan setiap step masakan ayah. 


 Ayah kupas bawang.


 Then ayah racik bawang.


Air dah didih. Ayah masukkan spagheti utk direbus. Nampak tak tin merah sebelah periuk tu? Tin tu tunggu giliran ibu masuk dapur pulak. "Sabar ya, sardin. Kita  bagi ayah masak dulu."


 Bila spagheti dah direbus, ayah tutup api dan...


Ayah tumis bawang. Bawang tak nak garing sangat, then ayah masukkan butter. Pls ignore paper yg ayah letak atas dapur tu. Purposenya 2-in-1. Membaca sambil menghalang percikan minyak (akibat malas nak lap dapur). 



Bila butter dah cair, ayah masukkan sos spagheti. Ayah tak gunakan Prego or yg seangkatan dengannya sebab meragui kehalalannya. Ayah gunakan sos spagheti Kimball, ada tanda Halal Malaysia. Lepas tu...


 Ayah kacau until boil.


Bila dah boil, ayah masukkan pula minced chicken dari produk Ramly. Again, ayah pentingkan kehalalan.


Lepas tu ayah masukkan air rebusan spagheti tadi. Aku tak faham kenapa ayah tuang cawan by cawan. Kalau aku, aku tapis saja spagheti tu, terus dapat air rebusan. Maybe itu stail dia, kot. Biarkanlah... lain orang, lain cara. Janji sodap.....


 Then ayah masukkan pulak sliced-button mushroom. 


Ayah tuangkan pula sos tomato. Ayah kata kena taruh 4 senduk. Cikgu dia cakap macam tu kot. Lantaklah.


Ayah masukkan pula buah tomato cincang. Ayah tahu aku suka tomato, jadi ayah letak banyak2. Dan bila dah cukup boil, ayah matikan api.


Dan inilah hasilnya bila ayah masuk dapur. Anak2 suka tapi ibu merana kerana ibu boleh tembun dibuatnya. Huhuhuhu....



1 comment:

Teratak Hami said...

Nampak menyelerakan di petang yang panas terik ini :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...