Friday, August 5

menu & tazkirah Ramadhan

 Aku cuma nak share dgn korang menu wajib yg kena ada di meja makan aku time Ramadhan tiap tahun. Ini antaranya saja tau, maknanya  ada menu wajib yg lain. This here's my story.


 Kurma aka rotab.


 Telur masin feveret my soulmate. Aku kureng sikit dgn telur masin, aku ngam  kamching dengan ikan masin saja. 


Homemade bawal sweet sour... feveret anak2.


 Karipap... feveret semua.


 Mee goreng... kekadang aku buat mihun goreng. (homemade, ok. bukan beli tau!) Sempat bagi Mizz N & family satu tupperware.


p/s: i'm glad when Mizz N called and cakap "Adalea like it so much!". Alhamdulillah.


 Murtabak... pergh! Memang terliur dibuatnya...


 Apam... feveret anak2. Sometimes beli RM6 = 15 biji pun tak cukup!


Mohd Arief Haqimie, anak ibu. Ibu tabik dengan kesungguhanmu untuk berpuasa. Tahun ini merupakan tahun ketiga Qme berpuasa sejak berumur 6 tahun. Ibu masih ingat lagi semasa Qme 6 tahun, Qme posa sekerat hari then bila masuk darjah 1, Qme start puasa penuh, tak tinggal sehari pun termasuklah puasa pada tahun ni. Dah 5 hari kita berpuasa dan Qme belum ponteng sehari pun. Ibu sangat bersyukur sebab semua anak2 ibu kuat azamnya untuk menghabiskan Ramadhan walaupun tiap hari Qme tentu tanya "Ibu, tinggal lagi berapa hari kita nak puasa?" 


Here's what in my plate for today... plus teh o panas (sebab hujan lebat).


Tadi, semasa tunggu waktu berbuka, Mukhriz mengadu lapar. Aku suka bila anak2 mengadu lapar sebab itulah time nya untuk aku berikan tazkirah kat mereka. Aku cakap, betapa bersyukurnya kita dapat makan selepas berpuasa sehari. Ada org tak dapat makan walaupun selepas berpuasa sehari. "Kenapa pulak?", tanya Mukhriz. "Sebab orang tu orang susah, orang miskin. Kekadang mereka makan nasi dgn garam saja atau pun dengan kicap. Cuba bayangkan... Qish larat tak hari2 makan nasi dengan kicap jer? Tak ada lauk, tak ada ikan, tak ada sayur...."

Mukhriz menggeleng dan terus diam. 

"Ya Allah, Engkau terbitkanlah sedikit rasa kasihan dan insaf di dalam hati anak2ku supaya mereka sentiasa bersyukur dgn apa Engkau kurniakan. Amin...."





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...