Saturday, December 31

Lagenda 17 best!

26 Dec... sekembalinya dari Melaka, kami terus singgah ke sini. Dah lama tahu pasal tempat ni tapi masa tak mengizinkan. Mulanya menggagau jugak cari tempat nie, tapi atas pertolongan En. Garmin, pencarian membuahkan hasil. Cewah!


Maybe ada yang tak tahu siapa pemilik Lagenda 17 ni. Tak apa, layan dulu citer aku nie ek? Lagenda 17 ialah restoran milik si suami & LinaLoolie ialah butik milik si isteri. Kira bisnes asben & wife lar nie.


Nama2 menu  menakutkan... Mahu menangis selepas makan nasi goreng tu. Haha!


Sambil menunggu hidangan, kami melihat2 wall of fame kat sini. Di sebelah kiri dihiasi dengan gambar2 semasa zaman kegemilangan beliau tahun '80-an. Beliau pernah bermain dengan beberapa orang legend seperti Super Mokh, Soh Chin Aun, Arumugam & Santokh Singh. Pernah digandingkan bersama Dollah Salleh dan sejak itu mendapat jolokan penyerang berkembar oleh peminat seluruh negara.


Zaman kegemilangan bermula dengan Pahang. Memang banyak kejohanan yang disertai oleh beliau bersama team kebangsaan, pernah menjadi kapten dan digeruni pihak lawan peringkat asia tenggara.


Kasut emas beliau juga dipamerkan di sini... satu pencapaian membanggakan. beliau dianugerahkan sebagai pemain paling berharga kejohanan (MVP) lalu mengakhiri karier bersama team kebangsaan pada tahun 1997.


Aku order main menu kat sini... Nasi Ayam Hainaneese. Simple tapi sedap! Memang best!


Dan aku juga order Nasi Goreng Lagenda, speciality Lagenda 17. Tak sia2 aku order, sedap!


Puas hati makan kat sini... memenuhi citarasa kami sekeluarga.


Antara keratan2 akhbar tentang kegemilangan beliau serta jersi2 yg pernah disarungkan selama penglibatan beliau dalam arena bola sepak.


Now baru aku faham kenapa Lagenda 17. Sebab dulu beliau menyarungkan jersi no 17.


My soulmate sempat berborak2 dgn beliau. Lagenda 17 juga pernah mendapat pengiktirafan daripada JJCM pada awal tahun ini. Keep it up!


Plat kereta pun 17 juga.


Sedikit info tentang beliau. Dilahirkan pada 9 November 1963. Merupakan seorang pemain kebangsaan sekitar tahun 1980-1990 'an. Karier bolasepak bermula apabila menyertai selangor pada tahun 1980. Kejohanan terakhir beliau bersama team kebangsaan adalah pada edisi sulung Piala AFF(Tiger cup). Pada ketika itu Malaysia tewas dengan Thailand 1-0 pade Final.  Menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan dan kini merupakan Coach pasukan Shahzan Muda. Pahang. Anaknya juga mengikut jejak langkahnya dalam bolasepak. Zaiza Zainal Abidin, kini bermain untuk pasukan Selangor.




Friday, December 30

attention durian lovers!

Durians! This is my kenduri durian again. Haha! Aku memang durian lover! Spesies yang kalau orang tak ajak, boleh sampai jadi kecik hati. Hari ni aku nak citer sikit pasal king of fruits ni. You either love them or hate them. If someone were to ask you what smells horrible but tastes heavenly, you can bet the answer is none other than durians! Of course not everyone will agree with this. One good example is yours truly. I love the smell of durians and I love the taste even more!  That’s why I cannot understand why some people hate the smell of durians. Rugi-rugi!


Aku suka kopek durian banyak2, masukkan dalam tupperware dan letak dalam peti sejuk. Sebabnya, taste bila durian sejuk lebih enak (bagi akular). Lagi satu, nak mengelakkan semut hurung durian yg dah merekah. Semut kan suka benda manis?



For durian lover like me, we can easily detect the odour of the durian from far. Trust me! Kekadang tengah drive, aku boleh terhidu bau durian dan aku sure lori durian ada di depan dan sangkaan aku betul, memang lori durian di depan. Parents in-law aku ada dusun durian di Kedah. Seingat aku, selama aku jadi menantu dorang, sekali jer aku merasa durian kat dusun tu. Sebabnya? Laki aku bukan pecinta durian, so tak pernah lar nak ajak kami sekeluarga balik kampung bila time durian menjadi. :-(


Aku teringat zaman aku kecik2, dalam darjah 4, 5 cam tu. Aku tolong arwah atuk jual durian di tepi jalan somewhere kat Gombak. Time tu arwah ada ajar aku cara kopek durian, cara pegang durian dan cara makan durian. Yup! Durian pun ada cara makannya tau. Isi durian tu kena dimakan sampai nampak bijik durian, walaupun durian tu rasanya tawar. Jangan pulak makan half-way, lepas tu campak buang! Itu no durian-manners namanya! 


 If you have not eaten durians before, you must try it! That’s because a lot of people hate the smell but love the taste (spesies laki aku lar tu!)  So far, only a minority hate both the smell and the taste. And I have heard of no one who love the smell but hate the taste.


Here are some tips about this king of fruits. 

1. When selecting a durian, you should always look at the stem. The stem should be big and strong, green, otherwise it's an old durian.

2.  Also, shake it a bit. If you can hear the seeds moving inside, that indicates the durian is no longer fresh

3. And smell the durian. If it smells good, normally the taste is sweet. 

4.  Wanita mengandung and anyone with high blood pressure are advised not to eat durians. This is bcoz of theheating” effects of eating the durians.

5. To take away the “heatiness” after eating durian is to pour water into the empty durian husk, add a little salt and drink the water from the husk itself! (Tapi normally aku tak bubuh garam pun).

6. And guess what? If you hate the durian smell that lingers on your hands! The solution? Just pour water into the empty durian shell and wash your hands in it. The smell will disappear, as if by magic!

7. Last but not least, kalau sesiapa yang drive bawak balik durian dari kampung (samada yg dah berkopek atau belum), kalau tak nak satu kereta bau durian, letakkan beberapa keping roti di dalam kereta. Contohnya setengah buku roti dalam but, yang selebihnya di tempat kaki  bahagian tempat duduk, insyaAllah baunya akan berkurangan dan kalau bernasib baik, kereta anda tak berbau durian langsung. Saya selalu cuba tips nie dan menjadi!



Thursday, December 29

Qme 8th!

24 Dec 2011.

Happy Bday, Qme. Dah 8 tahun dah... how time flies...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...