Thursday, March 11

Talapia Sambal Cili Api

Semalam pegi rutin 'melawat' pasar malam. Teragak nak makan ikan talapia, so aku pun dengan lajunya terus menuju ke the only gerai yg jual ikan talapia (sebelah gerai jual pisang). Dalam kepala dah plan, "Esok nak masak talapia cili api. Tapi goreng pun sodap!"

Hari ni tertunailah hajat di hati....

Bawang besar & cili api yang diblend bersama.

Bahan2:
1. Ikan talapia - 2kg (6-10 ekor, sekilo RM6) 
2. Cili api - 20bj (blend)
3. Bawang besar - 2 bj (blend)
4. Asam keping - 1 keping besar
5. Garam & aji (ikut citarasa)


Tips: Selepas ikan talapia dibersihkan, rendamkan ke dalam air asam jawa selama 1/2 jam utk hilangkan bau hanyir. Guna segenggam asam jawa. 

Cara2:
1. Goreng ikan talapia, half-cooked. Then
2. Tumis bawang besar bersama cili api sampai half garing, then
3. Masukkan asam keping, garam & aji, gaul sampai sebati
4. Campakkan masukkan ikan talapia yang dah digoreng tadi.


Then, hidangkan...


Hidangan bersama:
sayur bayam rebus
jering muda
buah tembikai potong
air limau nipis homemade

SeLaMaT MenCuBa!


1 comment:

zarin said...

yanti dear,
jangan lupa amik award at zarinbahrin.blogspot ye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...